Assalamualaikum &Hello..Nama Saya..

Liani Aziz

Saya seorang blogger dunia lifestyle Saya meminati dunia travel.. Dunia Fotografi.. Dan Videografi..

Friday, October 5, 2018

Ringkasan Percutian Solo Krabi & Hadyai




Kembara aku ke Hadyai dan Krabi ini adalah kembara solo pertama buat diri aku. Ok, untuk cerita kali ini aku lebih selesa guna istilah 'percutian' sebab aku tak rasa kunjungan ke Hadyai dan Krabi ini satu pengembaraan. Sebaliknya lebih kepada perasaan bercuti. Kembara apanya kalau kau pergi sana semata-mata nak makan. Betul tak?

Apapun, nama pun jalan-jalan kat tempat orang, tidak kiralah sama ada kembara atau bercuti, dua-dua pun menyeronokkan terutama bila kita dapat pergi ke tempat yang tak pernah kita jejakkan kaki sebelumnya.

Percutian solo ini berjalan selama 5 hari 4 malam iaitu dari 2-6 Oktober 2018.

Kali ini kembar aku tak dapat ikut sama kerana terperangkap dalam waktu kerja yang tak menentu. Susah betul dia nak cuti. Jadi kebetulan aku pun baru sahaja lepas berhenti kerja dengan company X (nama company dirahsiakan). Jadinya aku tak kerja buat masa ini. 

Kebetulan pula, pada 1 Oktober 2018 haritu, sehari sebelum ke Hadyai, aku baru diterima bekerja di sebuah company Y (nama company dirahsiakan) selepas menjalani sesi temuduga. Terus hari itu juga bos company tersebut menerima aku untuk bekerja dan aku mula lapor diri seminggu kemudian. 

p/s : (new update) aku dah convert jawatan kerja baru dari jawatan sepenuh masa ke separuh masa (part time). Aku minta sendiri dengan HR dan bos company itu untuk kerja part time. Sekali sekali nak juga buat sesuatu yang di luar kebiasaan.

Jadinya, sebelum start kerja di tempat baru, aku buat keputusan untuk bercuti secara solo ke Hadyai dan Krabi. Lagipun, memang dah lama aku begitu teringin sangat nak kembara secara solo. Untuk permulaan, aku cuma pilih lokasi percutian yang paling dekat dengan Malaysia. 

Bajet 

Memandangkan kali ini semua kos percutian aku tanggung seorang diri, makanya jumlah perbelanjaan jadi agak tinggi iaitu hampir cecah RM1000.  Kos termasuk hotel + tiket ETS + kos pengangkutan awam di Hadyai & Krabi + makan-makan.

Tiket ETS 
  • RM76 (KL- Padang Besar), Gold
  • RM106 (Padang Besar - KL), Platinum 
  • Perjalanan 5 jam (one way)
Kalau tanya aku mana lebih berbaloi sama ada naik ETS atau flight, selepas pengalaman naik ETS ke Padang Besar yang makan masa agak panjang ini, lepas ini aku prefer naik flight. Terutama kalau bercuti dalam masa masa yang singkat. Plus, tak ada pemadangan menarik nak dilihat sangat kecuali masa train melalui Kedah dan Perlis. Dapat la juga tengok pemandangan sawah padi.

Cerita kembara Hadyai dan Krabi ini aku tulis mengikut tarikh supaya pembacaan akan lebih ringkas dan mudah untuk aku ceritakan secara terperinci.

Boleh klik pada link bawah untuk setiap cerita Kembara Solo Hadyai & Krabi di bawah :





Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

0 comentários:

LIANI AZIZ
+6017-304-####
Kuala Lumpur, Malaysia

SEND ME A MESSAGE