Assalamualaikum &Hello..Nama Saya..

Liani Aziz

Saya seorang blogger dunia lifestyle Saya meminati dunia travel.. Dunia Fotografi.. Dan Videografi..

Thursday, October 18, 2018

Hari Kedua : Jalan-Jalan Di Bandar Krabi & Ao Nang Beach

3 Oktober 2018 

Jam 5.00 pagi aku dah bangun sebab tak sabar nak ke Ao Nang Beach. Pukul 6.30 pagi aku keluar daripada hotel. Sebetulnya aku tak check-out dulu sebab ingat nak tinjau-tinjau sekejap tengok apa yang ada di Krabi City. 

Jalan-Jalan Di Bandar Krabi

6.30 pagi kat Thailand dah cerah macam pukul 7.30 waktu Malaysia. Aku tahan tuk tuk yang lalu depan hotel dan cakap dengan pemandu macam itik bercakap dengan ayam. Aku terpaksa guna bahasa isyarat tangan sebab pemandu tak faham English. Aku cakap kat pemandu "Straight straight" sambil tunjuk arah mana nak pergi. Then tanya berapa tambang padahal entah ke mana-mana pemandu tu nak pergi. Aku naik je sebab yang penting aku tahu yang pemandu sedang menghala ke pekan Krabi City. Dalam 10 minit dari tempat hotel aku menginap. 


Rupa-rupanya pemandu tuk tuk berhenti dan turunkan penumpang dekat kawasan pasar. Aku pun redha ajelah sambil meninjau keadaan dalam pasar. Apa nama pasar itu pun aku tak tahu sebab tulisan di papan tanda ditulis dalam bahasa Thailand. 

Rupanya not bad juga pasar Krabi City ni. Pasar dia agak besar dan kat dalam itu ada macam-macam barang jualan oleh para peniaga. Ada peniaga dari kalangan orang Islam juga. Muslim dan non-muslim berada bawah satu bumbung berniaga dengan penuh harmoni. Selamat je aku rasa sepanjang jalan-jalan dalam pasar.

Ramai peniaga jual makanan seperti kuih muih dan minuman. Selain itu, ada barangan basah termasuk ikan dan daging. Tak ada pula aku jumpa orang jual daging babi. 

Selain itu, ada juga barangan mentah kering seperti belacan dan ikan kering. Kalau korang nak shopping pakaian pun boleh tahan juga. Ada banyak pakaian yang cantik-cantik. 

Seronok juga rasa dapat masuk pasar kat Krabi City ini. Biarpun tanpa dirancang, at least aku boleh tengok cara masyarakat Thailand di Krabi City berniaga disamping melihat keunikan barangan yang dijual.

Berkunjung ke pasar Krabi City tanpa dirancang. Ini baru orang panggil traveling. Kalau ikut itinerary itulah orang panggil percutian. Haha..

Bermacam-macam jenis kuih ada. Kuih dia tak jauh beza dengan kuih di Malaysia. Ada sesetengan kuih yang pelik kita tak pernah jumpa kat Malaysia

Teh ais dia pekat kow kow . Puas hati minum harga pun murah 20 Baht saja.

Pasar basah ini ada macam-macam jenis ikan. Harga boleh tahan murah-murah. Aku tak perasan kalau ada orang jual daging babi kat sini. Rasanya tak ada..

Harga ikan besar ni 100 Baht? Macam tak percaya je kan

Yang ini mungkin rempah masakan Thailand. Aku pergi dekat tak ada pula bau rempah ratus.

Belacan Thailand. Boleh pula aku tanya penjual ni dalam bahasa melayu " Ini belacan ke? ". Terpinga-pinga dia sebab tak faham. Aku ingatkan dia boleh cakap bahasa melayu sebab muka macam melayu.

Bahagian orang jual sayur-sayuran.

Kawasan ini umpama food court dalam pasar gitu. Ada makanan halal dan tak halal. Aku tak beli apa-apa makanan sebab sengaja nak biar perut kosong sebab nak makan kat pantai Ao Nang

Kuih ni famous kat Krabi. Macam lempeng mini tapi aku tak beli sebab tak tahu inti apa yang warna kuning tu. Was was jugak nak beli.

Dah puas jalan-jalan di pasar, aku pun keluar balik ikut jalan besar laluan sama masa aku naik tuk tuk tadi. Masa jalan-jalan menghala ke jalan besar, aku tengok ada beberapa restoran makanan halal oleh peniaga muslim. Dim sum dan roti canai pun ada orang jual. Mulanya aku ingat nak singgah makan sebab perut dah agak lapar. Tapi bila ingat nak kejar masa untuk ke Ao Nang Beach, aku tangguhkan dulu niat mengisi perut yang lapar ni. 

Menara jam bentuk singa laut. Menghala ke jalan besar tak jauh dari pasar basah Krabi City
Restoran Dim Sum Halal. Aku tengok ada juga menu-menu lain yang sedap-sedap seperti nasi goreng. Ada macam-macam jenis nasi goreng. Aku tak singgah makan sebab tak cukup masa.

Ada orang jual roti canai jugak. Ramai pelanggan makan kat sini. Masa aku ambil gambar restoran, semua orang pakat tengok. Aku pun terus je blah jalan cepat-cepat.

Kemudian aku jalan lagi sampailah tiba di jalan besar. Ada daya tarikan menarik kawasan ini iaitu sungai dan sculpture berbentuk ketam yang terletak betul-betul bersebelahan jalan besar.

Dari sini lintas jalan nak ke seberang sana. Nak tengok pemandangan sungai dan sculpture bentuk ketam gergasi.

Memandangkan seorang diri, kita selfie ajelah
Anak ketam lawan mak ketam. Kedudukan sculpture ni sesuai sangat bersebelahan dengan sungai

Ingat ye siapa-siapa yang nak datang sini, sila Google Nama tempat ni iaitu The Mud Crab Sculpture

Statue helang tak jauh dari sculpture mud crab. Tak sempat nak baca keterangan tentang burung helang ni.

Peta dan daya tarikan Krabi City. Ada banyak sebenarnya tempat-tempat menarik yang boleh korang explore. Ada banner diletakkan di kawasan ini memaparkan info tentang pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan. Antara yang paling best ialah pengembaraan menaiki bot dan memasuki kawasan gua yang terletak di laluan sungai.

Pemandangan yang indah di hujung sana

Ada peta dan petunjuk tempat dan restoran menarik yang ada di Krabi City.

Masa aku jalan-jalan area sungai ini, aku perasan ada lelaki yang meragukan tengah perhati dan ikut aku slowly mana saja aku pergi. Tengah seronok nikmati persekitaran tiba-tiba ada pula manusia suspicious yang mengekor kita dengan anak mata. Dia ingat kita tak perasan dia agaknya. 

Aku pun cepat-cepat lintas jalan untuk ke seberang sana dan cepat-cepat ambil tuk tuk. Masa aku dah tinggalkan tempat tu, aku perasan lelaki tu perhati je aku sampailah tuk tuk yang aku naik hilang dari pandangan dia. Nasib baik dia tak terus ikut kalau tak...risau jugak bila jalan sorang-sorang ni. 

Sepatutnya tuk tuk yang aku naik ini menghala ke hotel tempat aku menginap. Tapi akhirnya aku terpaksa berhenti sebelum sampai di depan hotel. Susah aku nak terangkan pada pemandu bila dia tak faham English. Sepatutnya aku ambil gambar hotel dan landmark kawasan itu supaya boleh tunjuk pada pemandu. Akhirnya aku berhenti kat satu jalan ni then jalan kaki cari sampai ke hotel. Nasib baik jugak tak sesat. Boleh tahan jugak la nak ingat dan kenalpasti balik jalan raya menuju ke hotel. Masa keluar hotel lagi aku dah alert untuk ingar trademark dan jalan supaya tak sesat. Macam otak orang lelaki gitu..huhu..

Trademark sculpture sampan inilah yang buat aku ingat balik nak cari jalan balik ke hotel

Simpang empat tak jauh dari hotel Ban Mai Mansion tempat aku bermalam. Jalan ni adalah laluan untuk ke Ao Nang Beach jugak.

Check Out Hotel Bertolak Ke Ao Nang Beach


Pukul 9.20 pagi aku sudah bersiap untuk check-out hotel. Seterusnya aku ambil tuk tuk berhampiran simpang empat yang terletak tak jauh dari hotel aku menginap semalam. 

Masa tengah tunggu tuk tuk, baru aku perasan yang rupanya ada terminal bas Krabi tak jauh dari hotel aku menginap semalam. Patutlah pemandu bas yang aku naik semalam turunkan penumpang tepi jalan sini je semalam. Aku pun tak tahu kenapa bas tak turunkan penumpan dalam terminal bas. Mungkin untuk memudahkan penumpang mendapatkan tuk tuk pulang ke destinasi masing-masing. 

Tak sampai 2 minit rupanya dari hotel. Aku tunggu tuk tuk nak ke Ao Nang Beach depan lorong masuk ke terminal bas ini. Banyak tuk tuk akan keluar masuk dari sini. Boleh tanya mana-mana driver yang akan menghala ke Ao Nang Beach.

Aku tunggu tuk tuk untuk ke Ao Nang Beach tak lama dalam 10 minit saja. Sebelum pukul 9.30 aku dah berjaya dapatkan tuk tuk menuju ke destinasi impian Ao Nang Beach.

Menikmati perjalanan selama lebih kurang 30 minit menuju ke Ao Nang Beach benar-benar membuatkan aku enjoy. Sementara nak sampai ke sana, tuk tuk akan berhenti seketika di beberapa perhentian untuk ambil penumpang. 

Selfie dalam perjalanan ke Ao Nang Beach

Tiang lampu isyarat Krabi unik yang boleh ditemui di Krabi City

Pemandu berhenti sekejap di perhentian lain untuk ambil penumpang.

Berhenti isi minyak

My Backpack

Pukul 10.15 pagi, aku dah pun sampai di Ao Nang Beach. Yahoooooo....Macam tak percaya boleh survive sorang-sorang. Haha..

Check In Anyavee Resort 

Banyak pilihan hotel di Ao Nang Beach. Ada hotel mahal dan ada hotel murah. Seeloknya korang survey elok-elok dan pilih mana yang berkenan di hati dan sesuai mengikut bajet masing-masing.

Macam aku, aku jenis tak berapa minat sangat nak sewa hostel backpackers. Memandangkan aku jenis yang akan cuci baju semasa travel, aku lebih selesa pilih hotel yang lengkap dengan bilik air dan tandas dalam bilik. Yang penting ada juga ruang untuk aku keringkan baju-baju yang dibasuh di bawah aircond.

Aku survey hotel tak lama dalam 20 minit. Keluar-masuk keluar masuk akhirnya aku pilih check in di Anyavee Resort. Masa mula-mula tanya bahagian receptionist, aku expect mungkin harga hotel dalam 1200 Baht ke atas. Di papan tanda pintu masuk juga ada paparkan rate harga antara 1200 - 1500 Baht. Bila tanya harga, rupanya cuma 1000 Baht dan receptionist bagitau dia bagi aku bilik free upgrade. Harga dalam ringgit malaysia dalam RM130. Murah ke mahal terpulang pada individu. Tapi aku berani jugak check in walau bayar seorang sebab aku tak nak buang masa cari hotel lama sangat.


Ada dua katil iaitu katil single dan queen bed. Kelengkapan lengkap dengan peti sejuk, TV, bilik mandi dan sebuah kerusi panjang. Best tak best? Best sangat. Aircond juga berfungsi dengan baik sampai menggigil tidur malam. Beranda untuk duduk-duduk juga ada tau.

Aku sorang je nak tidur dalam bilik hotel yang besar ni? Syok sangat

Boleh duduk-duk di kerusi panjang sambil tengok TV. Nak lepak atas katil lagi best.

Link Anyavee Resort di Booking.com

Link Anyavee Resort di Agoda.com 

Cermin solek pun besar tau

Apa lagi, lighting cantik kita kenalah selfie. Baru nampak flawless..haha

Peace yo! Belakang ada satu lagi cermin sebelah bilik air. So ape lagi kau nak? Berbaloi-baloi walaupun bayar mahal sikit

Bilik mandi dan tandas. Cuma tak syok sebab tak ada bath tub. Tapi shower dia best. Rasa cam mandi air hujan.
Beranda bahagian pintu masuk bilik

Link Anyavee Resort di Booking.com

Link Anyavee Resort di Agoda.com 

Pemandangan dari bawah bilik di bahagian beranda setiap bilik termasuk bilik aku

Tangga naik ke bilik hotel
Rasa nyaman juga kat sini sebab dikelilingi pokok-pokok kehijauan

Bahagian receptionist

Kolam renang hotel.
Ruangan menunggu di depan bahagian receptionist

Link Anyavee Resort di Booking.com

Link Anyavee Resort di Agoda.com 

Misi Eksplorasi Ao Nang Beach & Makan Sedap

Walaupun aku rasa lebih selesa untuk hilangkan keletihan atas katil Anyavee Resort yang empuk, tapi memandangkan kesuntukan masa, aku gagahkan diri juga untuk keluar pada pukul 1.00 tengah hari untuk misi eksplorasi Ao Nang Beach. 

Kebetulan masa keluar hujan tengah turun renyai-renyai. Alhamdulillah nasib baik tak lama hujan turun. Lepas hujan, cuaca tiba-tiba terasa panas dan terik sangat. Maklumlah kawasan pantai cuaca panas dia lain maciam sikit. 

Mulanya aku plan nak sewa sebijik motor skuter sebab senang nak round-round. Tapi bila aku baca surat isi perjanjian sewa motor, tiba-tiba tak berani pulak. Sebabnya in case kalau berlaku kerosakan atau motosikal hilang, korang kena bayar harga full motor iaitu 46,000 Baht. Dekat RM6,000 tu. Mampus kalau jadi apa-apa tau tak. Padahal sewa motor murah sangat cuma 120 Baht je sehari. Aku tak sanggup nak ambil risiko kerugian banyak macam ni. 

Maka terpaksalah aku jalan kaki sahaja. Memang aku tak kisah nak jalan kaki pun sebab selama ni memang aku sentiasa berjalan kaki ke mana-mana pun. Penat berjalan kaki tu perkara biasa bagi aku.


Salah satu kedai sewa motor. Ada banyak pilihan kedai dan harga antara 100 - 140 Baht

Hampir 1 jam setengah aku jalan kaki meninjau apa yang ada di Ao Nang Beach. Cuma tanpa motorsikal, aku tak mampu nak keliling seluruh area pantai. Sebenarnya ada beberapa bahagian pantai di Ao Nang Beach. Pantai ye bukan pulau. Nak ke pulau kena ambil pakej dan naik bot. 

Jadi, dalam masa 1 jam setengah jalan kaki, aku keluar masuk kedai cenderamata dan beli beberapa jenis makanan popular di Krabi. Antaranya penkek Krabi dan aiskrim gulung. Aku paling suka makan dia punya penkek sebab ada macam-macam pilihan yang sedap-sedap. Ada coklat nutella campur buah-buahan, caramel, kelapa, cheese campur coklat dan banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana. Last sekali aku pilih coklat nutella campur buang mangga. Sedap sangat weh sampai teringat-ingat nak makan lagi. Harga penkek cuma 60 Baht dan aiskrim gulung perisa buah naga yang aku beli harganya 100 Baht.

Lain-lain makanan best ada kerabu megi, nasi ayam kuning, air kelapa, pulut mangga dan macam-macam lagilah. Masalahnya aku tak boleh nak makan semua sebab perut aku ni jenis cepat kenyang. Aku pulak jenis yang tak suka nak paksa diri makan sebab nanti bahagian belakang dan bahu aku cepat sakit dan penat. Jadi, aku pilih je makanan yang aku paling suka. Hehehe..rugi sebenarnya.

Sebelum jalan-jalan ke bahagian pantai, aku tawaf dulu kedai kedai. Selepas kenyang isi perut dengan makanan, barulah aku jalan-jalan ke bahagian pantai pulak. 


Gerai jus buah-buahan. Tapi aku tak beli sebab takut terlebih consume minuman manis. On diet walaupun tengah melancong. Poyo pulak rasa!

Kedai-kedai jual cenderamata.

Keychain siapa suka? Aku tak minat sangat kumpul keychain jadi memag satu keychain pun aku tak beli

Replikas ikan apa aku tak tahu. Lupa nama ikan.hehe

Jalan-jalan naik motor kan senang.

Thai penkek. Kalau berani cuba semua!

Zoom sikit menu-menu.

Pekerja tengah siapkan penkek mangga nutella yang aku order.

Bila yang luar dah garing sikit, barulah lipat-lipat jadi bentuk segi empat.

Pilihan hotel lain yang harga lebih mahal

Jadual perjalanan, laluan dan jenis pengangkutan

Masjid Ao Nang. Memandangkan ramai penduduk muslim, wajib ada masjid.

Bus stop dia ada monyet
Sambung makan aiskrim buah naga gulung. Best tengok cara dia buat
1,2,3,4,5 gulungan aiskrim!
Letak whip cream nak bagi nampak menyelerakan. Huhu
Dah dapat aiskrim, cepat-cepat aku duduk lepak depan pantai
Bot-bot yang bawa pelancong ke bahagian pulau-pulau


Peta Ao Nang Beach.
Jumpa kulit siput cantik! Aku lempar balik masuk laut.

Jalan sampai hujung pantai.

Aku jalan-jalan sepanjang pantai sampailah ke hujung pantai. Bila sampai hujung, aku fikir dah dekat sangat dengan bukit-bukit pantai macam dalam gambar yang atas ini. Rupanya ada satu lagi laluan ' jungle trekking'  ikut laluan bukit. Barulah boleh sampai ke sana.

Aku tengok ada pelancong yang keluar masuk ikut laluan hutan yang dibina jambatan kayu. Perlahan-lahan aku pun masuk dan jalan je ikut laluan jambatan kayu. Rupanya, laluan jungle trekking ini menghala ke sebuah resort persendirian. Boleh tahan penat juga laluan jungle trekking ni sebab ada tangga kayu korang kena panjat. Agak tinggi juga anak tangga ni sampai boleh buat aku termengah-mengah. Iyelah..aku ni bukan jenis yang biasa hiking panjang gunung ni. Jadi agak memenatkan jugaklah bagi aku nak panjat anak-anak tangga ikut laluan hutan ni.

Laluan masuk jungle trekking ikut jambatan. Mula-mula semua smooth tak penat. Masuk dalam sikit, ha! Jaga penat tau tak

Bila dah naik ke maqam yang tinggi sikit. Haha

Naik maqam lagi tinggi menerusi laluan tangga. Haha..Serius penat nak naik tangga mencanak camni

Masa baca papan tanda..oooo National Park rupanya...

Laluan guni.Sini releks je jalan

Jalan lagi. Masa sampai sini sempat tanya orang yang lalu " Is it still far from here? " Kahkah..nampak sangat penat

Pemandangan terlindung di balik pokok-pokok.

Ok..nak kena turun pulak la ni. Bermakna sekejap lagi bila nak patah balik kena panjat lagi?

Tangga paling hujung tetap tinggi jugak

Sampai dah...

Kawasan private resort. Pengunjung yang tak menginap resort dilarang masuk resort. Tapi boleh jalan-jalan area pantai. Ada sekuriti yang jaga buku rekod pengunjung

Ini semua pelanggan resort yang baru selesai ' Island hoping '
Pukul 4.00 petang, aku patah balik dari hujung laluan pantai ini, keluar balik menerusi laluan jungle trekking dan terus balik ke hotel. Penat sangat dan badan pun habis lencun dengan peluh. Sejam jugak la ambil masa untuk patah balik ke hotel. Yelah..jalan slow-slow sambil sambil singgah tengok cenderamata kat kedai. 

Masuk je bilik, aku cecepat bersihkan diri dan cuci baju. Aku ni jenis tak suka nak kumpul baju busuk bila travel. Sebabnya senang bila balik KL aku tak perlu dah nak cuci baju banyak sangat. 

Baju-baju dan tudung yang siap di cuci. Jemur bawah air cond. Hanger hotel yang sediakan dalam almari

Aktiviti Malam-Malam Ao Nang Beach

Malamnya, dalam pukul 7.15 aku keluar jalan-jalan nikmati kemeriahan di pantai Ao Nang. Malam masih juga meriah dengan kehadiran para pelancong. Kebanyakannya keluar untuk aktiviti makan-makan. Kalau pelancong non muslim pula, ramai yang lepak minum minuman evil dekat pub. Huhu..

Memandangkan aku langsung tak sentuh nasi sejak pagi semalam, malam itu aku keluar makan nasi putih, tom yam dan telur dadar. Ada banyak gerai yang jual makanan lain yang simple-simple seperti cucuk-cucuk dan udang galah goreng. 

Disebabkan malam tu jugak hujan turun, tak dapatlah aku nak jalan lama-lama sangat. Sebelum pukul 10.00 malam aku dah balik hotel dan rehat. Lagipun memang aku tak sabar nak tidur atas katil Anyavee Resort yang macam bilik pasangan bulan madu ni ha!hahah!


Jalan-jalan cari restoran mana yang menarik

Happening lagi walapun dah pukul 9 lebih

Orang Malaysia detected.

Ada juga orang jual buah-buahan malam-malam ni.

Ayam bakar. Tak beli sebab aku masih was was nak makan

Kalau tak silap ini lempeng kelapa

Udang goreng tepung. Punyalah nampak sedap pun aku tak beli

Makanan cucuk-cucuk lagi

Air dalam buluh. Nak beli untuk ambil gambar upload instagram facebook boleh la ni kan?

Makan time. Makanan dia so so..tapi habis jugak aku makan memandangkan perut dah lapar

Jalan-jalan sekejap tengok cenderamata

Baru lepas hujan. Tengok mat salih tu tak pakai kasut. Seksinya! Kikiki

Aku tengok ramai yang berkerumun tengok hasil seni pasport cover. Aku pun berkerumun sama buat buat minat nak tengok. Kahkah.

Harga fresh seafood. Beratus ringgit malaysia juga ni





Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

0 comentários:

LIANI AZIZ
+6017-304-####
Kuala Lumpur, Malaysia

SEND ME A MESSAGE