Assalamualaikum &Hello..Nama Saya..

Liani Aziz

Saya seorang blogger dunia lifestyle Saya meminati dunia travel.. Dunia Fotografi.. Dan Videografi..

Sunday, April 15, 2018

EP 3 : Kembara Kembar Vietnam. Cat Cat Village (Sapa) & Nightlife of Sapa


Target kami dalam kunjugan ke Sapa ialah untuk ke Cat Cat Village. Salah satu perkampungan tercantik di Sapa.

Pagi 9 Januari 2017, kami bangun seawal subuh, bersiap untuk solat subuh dan mandi untuk menuju ke Cat Vat Village. Kami mula perjalanan lebih kurang pukul 7.00 pagi. Memandangkan kami berniat ke Cat Cat Village dengan berjalan kaki, maka kami perlu turun lebih awal.


Ini pemandangan awan karpet semasa on da way jalan kaki ke pintu masuk Cat Cat Village

Cara-Cara Ke Cat Cat Village

Ada dua opsyen untuk ke Cat Cat Village. Sama ada dengan berjalan kaki atau naik motorsikal. Ada banyak servis naik motorsikal bersama orang tempatan terdiri daripada suku kaum Hmong. Lelaki dan perempuan.

Aku tak pasti route mana yang dilalui kalau dengan motorsikal. Tapi mengikut pemerhatian aku, tak mungkin boleh masuk ke Cat Cat Village dengan motorsikal. Sebab ia adalah kawasan perkampungan yang terletak bersebelahan air terjun dan hanya ada laluan bukit bertangga sahaja. Kalau naik motosikal pun, maybe mereka akan hantar pelancong sampai ke pintu masuk ke Cat Cat Village sahaja, iaitu tempat untuk beli tiket sebelum dibenarkan masuk ke Cat Cat Village. 

Ya..nak masuk ke Cat Cat Village kena beli tiket dulu. Harga tiket kalau tak silap dalam RM10 jugak lah. Maaf aku dah lupa berapa harga tiket sebab lepas setahun lebih baru nak update blog tentang kembara Hanoi-Sapa ni. Huhu...

Kebanyakan pelancong asing juga akan berjalan kaki ke Cat Cat Village. Jadi kami pilih untuk jalan kaki sahaja. Untuk sampai ke Cat Cat Village, ambil masa dalam 2 jam dengan berjalan kaki. 

Ini penginapan atas bukit. Ada tapak perkhemahan juga. Tapi agak jauh dari pusat Sapa. Nak ke sini dari Sapa, akan lalui jalan menurun. 

Tips Berguna Sebelum Ke Cat Cat Village

  • Better pakai kasut sukan dan seluar trek
  • Aku cadangkan baik bersiap sedia beli sabun Taharah untuk samak. Sebab kemungkinan tinggi untuk pijak tahi babi atau terlanggar anjing yang tiba-tiba muncul. Boleh beli kat Lazada
  • Bawak siap siap air minuman lebih (mineral water & air manis)
  • Breakfast dulu sebelum mula perjalanan
  • Pakai baju seselesa mungkin. 
  • Bawa jaket terutamanya kalau pergi time winter sebab Cat Cat Village agak sejuk pada awal pagi.
  • Turun awal pagi jika plan jalan kaki sepenuhnya. Perjalanan akan makan masa antara 6 sehingga 7 jam.
  • Kalau tak nak rugi, jangan patah balik semasa keluar dari Cat Cat Village. Teruskan perjalanan sehingga melepasi Cat Cat Village
  • Kalau bergambar dengan orang tempatan tu, hulur-hulur la duit sikit sebagai tanda terima kasih

Selepas dari pintu masuk ke Cat Cat Village. Babi babi berkeliaran memang banyak. Babi ok lagi sebab kerja dia cuma menyondol tanah. Kena berjaga-jaga dengan anjing sebab anjing ni boleh muncul tak disangka-sangka. Tapi jangan risau sebab anjing tu cuma jalan-jalan je dan tak kacau orang.

Mula perjalanan menuruni tangga untuk ke Cat Cat Village. Banyak kedai kraftangan dan kedai makan di kiri dan kanan. Boleh singgah beli air botol kalau dahaga sangat

Kedai cenderamata. Tak beli apa-apa sebab takut berat beg nak pikul barang

Bergambar sekejap kat buaian

Aku tengok budak ni pagi-pagi lagi main buaian. Aku ajak bergambar sekejap untuk kenangan

Kembar aku pun nak bergambar dengan dia jugak

Rugi kalau tak bergambar kat buaian tradisional ni
Kan dah cakap kat sini banyak anjing.Hehe..
Laluan ke Cat Cat Village melalui jalan kampung bertangga ini mengambil masa lebih kurang 45 minit dari pondok tiket masuk.

Setelah melalui jalan bertangga yang kiri dan kanannya dikelilingi rumah kedai dan rumah orang-orang kampung, akhirnya kami tiba di perkampungan Cat Cat Village. 

Inilah Cat Cat Village. Kat sinilah yang ada kincir angin dan Silver Waterfall.
Tangga untuk turun ke Cat Cat Village. Tinggi dan curam. Kena turun slow slow dan berhati-hati. Takut jatuh tersembam muka. 

Cau Si atau Jambatan Si. Seberang jambatan pendek ini untuk ke Silver Waterfall

Inilah kincir air yang selalu tengok kat Google Image. Hari ini boleh tengok depan mata. Sekarang sudah ada laluan kayu untuk ke hujung 

Kami tak naik tangga ke atas. Laluan bawah itu menghala ke Silver Waterfall. Depan mata je dari Jambatan Si tadi

Silver Waterfall. Dingin sangat bila dapat rasa percikan air terjun. Sayangnya kat sini tidak dibenarkan mandi manda

Dia tengah buat apa?

Berlatar belakang Silver Waterfall

Berjalan melalui jambatan buluh. Tapi laluan ini cuma separuh sahaja. Kalau sanggup basahkan seluar, boleh jalan dalam air untuk ke hujung sana.


Orang kampung jual pakaian tradisional masyarakat Hmong

Budak Hmong. Ini gambar dari video kamera Canon kembar aku

Masa di Cat Cat Village ini, kami stuck beberapa minit sebelum boleh cari jalan keluar. Bukan sesat ke apa...cuma takut dengan anjing. Anjing tu duduk betul-betul kat laluan untuk keluar. 

Haha..nasib baik orang kampung perasan yang kami takut anjing masa nak lalui jalan keluar dari Cat Cat Village. 

Orang kampung tolong kurungkan sekejap anjing itu supaya kami dapat lalu naik ke atas untuk keluar dari Cat Cat Village.

Penduduk kampung sedang bina jambatan buluh. Agaknya sekarang dah siap sepenuhnya

Laluan untuk keluar dari Cat Cat Village. Selepas berjaya melepasi anjing penghalang jalan.Hahaha..

Keluar Dari Cat Cat Village

Untuk keluar dari Cat Cat Village, tidak perlu patah balik mengikut laluan yang sama. Terus sahaja jalan sehinggalah jumpa sebuah lagi jambatan gantung.

Semasa menuju ke jambatan gantung itu, kami berehat sekejap sambil makan Kit Kat di buaian yang dibina berhampiran lereng bukit. Boleh berehat sekejap kalau rasa penat sangat. Sebab perjalanan untuk balik semula ke pusat pekan Sapa masih jauh. Malah lagi jauh berbanding laluan masa mula-mula nak ke Cat Cat Village. 

Lagi satu, perjalanan makin menaik dan mendaki. So, memang penat dan kami sendiri pun banyak kali berhenti untuk recharge

Sebenarnya, memang ada perkhidmatan motorsikal yang korang boleh tunggang sebagai pembonceng. Tak tahu berapa bayaran yang akan dikenakan. Tapi kebanyakannya lelaki yang bawak motor. Memang taklah kami nak naik motor dengan lelaki. Jaga ikhtilat kan..

Buaian tempat untuk berehat. Dalam perjalanan untuk keluar dari Cat Cat Village. 

Laluan ke jambatan gantung bersebelahan Cat Cat Village. Jalan kaki dalam 10 minit je
Sampai dah kat jambatan gantung. Agak tinggi jugak jambatan ni.
Ramai penunggang motorsikal tawarkan perkhidmatan untuk hantar ke pekan Sapa. Kalau yang bawa motor tu perempuan, dah lama kami naik.

Masa jalan kaki nak balik semula ke pekan Sapa, banyak kali kami pancit dan terpaksa berhenti berehat sekejap. Jalan agak mencanak naik dan jauh. Memang tak ada orang lain pun yang jalan kaki melainkan kami. Kebanyakannya naik motor termasuk pelancong.

Tapi berbaloi jugak la sebab banyak gambar pemandangan sawah padi yang indah boleh kami simpan sebagai kenangan.

Kami sempat singgah turun ke perkampungan sawah padi yang penuh dengan tahi babi. Hahah..

Selut bercampur dengan tahi babi sampai kami tak dapat bezakan sama ada kami ada terpijak tahi babi atau tak. Balik hotel, kita orang terus je basuh semua kasut yang dah berselut. 

Lereng sawah padi bertingkat-tingkat. Ini kah yang dikatakan padi bukit bukit? 

Subhanallah..cantik sangat

Ada port bergambar menarik kat sini. Ramai pelancong bergambar kat sini.

Kami turun ke bawah dan ke sebuah sekolah tadika. Tapi tak ambil gambar sangat. Cuma rakam video je. 

Kami tiba di pekan Sapa dalam pukul 1.00 tengah hari. Bayangkan dari pukul 7.00 pagi kami turun dari hotel, berjalan kaki ke Cat Cat Village, kemudian singgah ke perkampungan sawah padi, makan masa dalam 7 jam. 

Sampai je kat bilik hotel, kami terus bersihkan diri sebab pakaian dan kasut dah penuh dengan selut. Terpaksa cuci dan keringkan kasut di luar. Tapi memandangkan cuaca yang lembab dan sejuk, agak sukar nak keringkan kasut dan pakaian. 

Keluar Semula Pada Waktu Malam Nikmati Nightlife of Sapa

Petang itu, kami berehat sepuas-puasnya dalam bilik sebelum keluar semula pada waktu malam. Suasana nightlife of Sapa sama seperti malam sebelumnya.

Kami keluar lebih lewat dalam pukul 9.30 malam. Suasana masih seperti semalam. Happening dan sejuk. 

Pilihan tempat makan orang ramai 

Ramai orang lepak duduk sini untuk lihat orang bersukan

Kanak-kanak kaum Hmong. Mereka masih jual barang kraftangan kepada pelancong dalam cuaca sejuk malam-malam begini

Berfikir panjang. Lapar la tu...hahaha

Budak-budak Hmong ada yang berpakaian tradisional dan ada yang berpakaian biasa

Gerai makanan banyak kat sini

Sejuk..kena pakai baju tebal sikit. 

Nana kembar Kembara Kembar

Ada perkhidmatan lukis potret 

Sini cantik giler.

Kami berjalan jauh sikit ke hujung tasik. Tapi agak gelap dan tak berapa happening berbanding bahagian centre


Akhirnya, kami berjaya tamatkan pengembaraan ke Cat Cat Village pada hari ke-2 di Sapa. Esok kami rancang untuk ke sebuah lagi perkampungan sawah padi dan berbasikal.

Cuma tinggal esok sehari sahaja masa kami di Sapa. Jadi waktu yang tinggal mesti dimanfaatkan sepenuhnya.


Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

0 comentários:

LIANI AZIZ
+6017-304-####
Kuala Lumpur, Malaysia

SEND ME A MESSAGE