Assalamualaikum &Hello..Nama Saya..

Liani Aziz

Saya seorang blogger dunia lifestyle Saya meminati dunia travel.. Dunia Fotografi.. Dan Videografi..

Sunday, March 11, 2018

Melawat Muar : Bandar Terbersih Peringkat ASEAN



Pada 3 dan 4 Mac 2018, pada cuti hujung minggu, terdetik keinginan untuk lihat dengan mata kepala sendiri kebersihan bandar Muar yang diiktiraf antara bandar terbersih di peringkat Asean 2018. 

Sumber berita Astro Awani (klik untuk baca)

Memandangkan tak ada kenderaan sendiri, maka bus ekspres jadi pilihan. Hari jumaat tu, aku tempah tiket bas secara online. 

Naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Masa booking tiket, aku pilih bas Mayang Sari. Bas ni memang bagi aku sangat-sangat selesa sebab tempat duduk besar dan luas. Memang selesa sangat-sangat. Nak tidur pun tak rasa terganggu dengan orang sebelah memandangkan tempat duduk yang aku pilih tu single seat. 

Masa balik, dari Muar ke TBS, aku naik bas Transnational. Kalau nak buat perbandingan, bagi aku bas Mayang Sari lebih selesa dari Transnasional. 

Menara Jam Muar jadi mercu tanda bandar ini

TBS - Muar (Terminal Bentayan Muar) : 8.00 pagi - 10.00 pagi ( 2 jam perjalanan)

Tiba di bandar Muar dalam pukul 10.15 pagi. Waktu check-in kebanyakan hotel di Muar ni pukul 2.00 petang. Memandangkan sampai awal, maka terpaksalah aku ambil inisiatif jalan-jalan dan makan-makan dulu.

Terminal Bas Bentayan. Muar

Penginapan Di Bandar Muar

Sebelum lupa, kat bandar Muar ni ada beberapa pilihan hotel bertaraf 3 bintang ke atas. Kalau nak hotel butik pun ada. Kalau tak silap, ada 2 hotel butik.

Range harga hotel 3 bintang lebih kurang sama saja untuk hujung minggu antara RM75 - RM90. Harga RM100++ pun ada. 

Di sini aku senaraikan beberapa hotel yang paling dekat dengan terminal bas dan Sungai Muar. Korang boleh klik je kat nama hotel untuk tengok harga dan gambar atau terus tempah kat Booking.com:


Hotel tempat aku menginap. Paling dekat dengan terminal bas

Mengadap Sungai Muar. Bersebelahan Domino's Pizza

Hotel butik kat Muar

Hotel Butik


Kalau nak tengok semua senarai hotel dan homestay yang ada kat Muar, korang boleh search kat Booking.com (klik sini)

Benarkah Muar Bandar Paling Bersih Di Asean?
Jalanraya yang bersih

Memandangkan tak ada kenderaan, maka aku memilih untuk jalan kaki sahaja ke beberapa tempat menarik yang sempat aku singgah dalam dua hari ke Muar ini.

Sebelum check-in ke Muarar 99 Hotel aku round-round sekitar bandar Muar dulu untuk lihat sendiri tahap kebersihannya. 

Secara keseluruhan komen aku tentang tahap kebersihan bandar Muar ini, bolehlah dikategorikan sebagai BERSIH berbanding dengan bandar lain pernah aku pergi termasuklah Kuala Lumpur. 

Muar ni banyak kedai dan restoran. Kalau diperhatikan, terdapat tong sampah di depan setiap kedai dan restoran. Menariknya, korang tak akan nampak limpahan sampah dari tong sampah. Juga tiada bau busuk yang menjijikkan dari tong sampah.

Cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki supaya Muar lebih kelihatan bersih. Antaranya ialah : 

1) Tempekan tahi burung depan kedai yang mungkin agak sukar dikawal. 
2) Kedua, masih terdapat puntung rokok yang dibuang oleh perokok tak bertanggungjawab. 
3) Ketiga, kebersihan muara Sungai Muar juga boleh ditingkatkan dengan lebih kerap pembersihan boleh dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Muar.





1) Dataran Tanjung Emas

Kalau jalan kaki dari Terminal Bas Bentayan menuju ke Dataran Tanjung Emas dalam 20 minit jugaklah kaki ini menapak.

Apa yang ada di Dataran Tanjung Emas ini?

Tanjung Emas adalah kawasan rekreasi orang ramai yang terletak betul-betul di muara Sungai Muar. Kawasan rekreasi ini memang luas dan ada beberapa perkara menarik boleh dilakukan di sini.





2) Muar River Cruise

Di DataranTanjung Emas ini ada Muar Cruise River. Harga tiket dewasa ialah RM12.00, kanak-kanak RM6.00 dan tanpa MyKad ialah RM15.00. Penumpang akan di bawa menyelusuri Sungai Muar selama lebih kurang 25 minit pergi dan balik.

Bersebelahan dengan Muar River Cruise

Sinilah tempat naik Muar river cruise


Sepanjang berada atas bot cruise ini, ada rakaman suara yang akan menyampaikan info tentang perkara menarik berkaitan sejarah serta monumen yang terdapat sepanjang Sungai Muar. 

Yang paling best, deruan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajah dan tentu sekali dapat ambil gambar dan video. Kalau korang ada kamera mahal, lagi best. Boleh zoom gambar lebih dekat. Bila dah sibuk ambil gambar dan video, mesti tak dengar dah keterangan suara rakaman info pelancongan. Macam aku..sibuk je ambil video dan gambar. Haha..
Tiket cruise

Bersedia!

Selfie jap

..

..

3) Medan Selera Dataran Tanjung Emas

Kalau lapar, tak perlu risau sebab kat sini ada medan selera yang jual pelbagai jenis makanan. Menu yang mesti cuba bila sampai Johor ialah mee bandung.

Mee bandung yang paling popular di Muar ialah Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Ramai yang kata sedap. Kebanyakan orang Johor sendiri memang suka sangat mee bandung ni. Kira ini makanan tradisi orang Johor lah.

Tapi, bagi aku bila dah merasa mee bandung ni, macam tak berapa kena dengan selera. Dari segi kepekatan kuah Mee Bandung Abu Bakar Hanipah, memang power, pekat melikat. Boleh katakan cukuplah kisaran udang kering yang digunakan dalam pembuatan kuah mee bandung ni.

Aku nikmati mee bandung ni dengan sebiji telur rebus separuh masak. Aku tengok orang lain bukan main selera makan. Kalau nak sedap lagi, boleh tambah lauk ayam goreng dan daging macam aku tengok orang lain makan. 

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Banyak lagi pilihan makanan

Inilah rupa Mee Bandung Abu Hanipah

5) Jalan-Jalan Sepanjang Sungai Muar

Dah selesai naik bot cruise, aku jalan kaki sepanjang Sungai Muar untuk balik ke terminal bas sebab nak cari hotel untuk check-in. 

Releks je masa jalan sepanjang sungai ni. Boleh tengok orang lepak santai kat muara sungai dan korang jugak akan melalui beberapa bangunan biru yang cantik termasuk Masjid Jamek Sultan Ibrahim dan Bangunan Sultan Abu Bakar. 

Kat sini juga ada taman permainan untuk kanak-kanak. Ada juga aku tengok orang pasang khemah untuk lepak time tengah hari. 
Jalan-jalan tepi sungai Muar

Masjid Jamek Sultan Ibrahim warna biru putih

..

Bangunan Sultan Abu Bakar

6) Medan Selera Sebelah Terminal Bas Bentayan

Medan selera yang ini aku tak pasti sama ada ada buka setiap hari atau hujung minggu sahaja. Tapi yang pasti, start pukul 6.00, peniaga-peniaga start buka gerai masing-masing. 

So, malam-malam, kalau nak keluar lepak makan dalam suasana open-air kat bandar Muar ni, datang je kat medan bersebelahan terminal bas. 

Macam-macam orang jual makanan. Aku sempat beli nasi lemak berlauk kat seorang peniaga ni. Sedap betul nasi lemak dia. 

Sebab dah penat sangat, aku bungkus nasi lemak, jus lobak susu dan ayam goreng KFC (kat sini ada restoran KFC).

Memang malam-malam, kalau menginap kat hotel, malam pertama aku mesti nak makan dalam bilik je. Jadi macam syok je makan dalam bilik hotel bila tengah penat. 

Masa ni awal lagi

Aku juga sempat jalan-jalan atas jambatan sampai ke pasaraya Giant. Jauh juga nak menapak sepanjang jambatan Muar ni. Tapi tak masuklah Giant sebab tak ada benda nak beli. Lagipun dekat nak gelap dah. Takut tak nampak jalan pula nak balik. Hihi..

Kalau jalan-jalan atas jambatan ni, kena hati-hati sebab ada papan tanda amaran voltan tinggi dari wayar elektrik yang dipasang untuk lampu sepanjang jambatan Muar ni. Ada laluan pejalan kaki dan motor khas atas jambatan ni. Tapi, memang kena hati-hati sangat. Tangan jangan duk gatal nak pegang pemegang jambatan atau wayar elektrik. Bahaya memang bahaya..

Matahari hampir terbenam

7) Menara Jam Muar

Menara Jam Muar ini terletak betul-betul berhadapan dengan Jambatan Sultan Ismail atau Jambatan Muar. 

Sekeliling menara jam ini ialah laluan jalan bandar sehala dan sekelilingnya ialah deretan kedai-kedai. 

Aku tengok, ada tangga untuk naik ke puncak menara jam. Dalam hati rasa nak panjat juga tangga naik ke menara. Tapi tak jadi pula bila aku tengok ada sepasang Bangladesh tengah lepak dekat tangga. Aku pula pakai skirt rasa macam tak sesuai nak aktiviti panjat memanjat ni.

Hotel Muarar 99 Hotel tempat aku menginap pula terletak bahagian 45 darjah dari belakang menara. Kira berhadapan jugaklah Muarar 99 Hotel dengan menara jam muar ni. 

Menara jam Muar

8) Tempat Lepak Bersebelahan Jambatan Sultan Ismail

Bangun pagi-pagi sementara tunggu Kafe Kedai Kopi 434 buka, aku lepak sekejap ada satu kawasan tempat duduk bersebelahan jambatan. 

Awal pagi macam ini, boleh tengok bot Muar River Cruise yang diparking sebelum beroperasi. Tapi nak naik cruise ni bukan kat sini ye. Kena beli tiket dan naik dari Dataran Tanjung Emas. 

Pemandangan waktu pagi sungguh tenang dan cantik. Kalau bergambar dengan kamera DSLR rasanya lebih menarik.

..

..

..

..

9) Kafe Sai Kee Kedai Kopi 434

Pernah dengar Kopi 434? Haa..Muar ialah tempat berasalnya Kopi 434. Kalau teringin sangat nak rasa kehebatan Kopi 434, datanglah ke Muar. Ada Kafe Sai Kee Kedai Kopi 434 yang letaknya betul-betul centre of Muar. 

Kafe ini terletak betul-betul berhadapan dengan Terminal Bas Bentayan. Turun je bas terus boleh nampak. Terus je boleh masuk pekena kopi 434 Elephant secawan.

Paling best ialah waktu sarapan pagi. Kafe start buka dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Ada macam-macam jenis kopi sampai tak tahu mana satu nak pilih. Ada kopi hitam, kopi latte, kopi putih, cappucino dan macam-macam lagi. Setiap kopi ada nama istimewa pula tu. Lagi pening nak pilih yang mana nak rasa. Senang sekali, aku tanya je staf kafe kopi mana paling popular. 

Untuk makanan pula, bukan setakat roti bakar. Ada sate, mee bandung, nasi lemak dan pelbagai lagi. Menu sarapan pun dah boleh buat perut kenyang sampai ke tengah hari.

Bagi peminat-peminat kopi, boleh juga bawa balik buah tangan. Dalam kafe ini, ada juga menjual bungkusan kopi pelbagai jenis jenama Kopi 434.

..

..

..

..

..

..

10) Sarapan Pagi Dengan Satay - Tradisi Orang Johor

Tak puas dengan sarapan roti bakar dan Kopi 434, aku ronda lagi pergi cari satay. Memandangkan orang Johor popular dengan sarapan pagi Satay, so, alang-alang dah sampai Johor, kenalah sarapan pagi gaya orang Johor.

Kalau nak cari deretan restoran satay kat bandar Muar ini, cari menara elektrik. Deretan kedai satay terletak berhadapan betul-betul dengan menara elektrik ini. Kalau tak silap, ada empat ke lima kedai satay.

Aku tak pasti mana satu yang paling sedap. Aku pilih kedai Satay Warisan sebab tengok ramai pelanggan makan kat situ. Tapi, aku rasa Satay Warisan kurang mantop. So, maybe kalau korang nak cari satay, boleh cuba kedai lain yang sederet dengan Satay Warisan ini.

Harga sepucuk satay murah sangat. Dalam RM0.60. Murah giler kan?




11) Muar Soup House - Tak Ada Rezeki Nak Merasa

Salah satu restoran popular yang menghidangkan sup kat Muar ialah Muar Soup House. Tapi malangnya, aku tak sempat nak rasa keenakan sup dicicah dengan roti. Salah aku jugak sebab mensia-siakan masa.

Kalau nak merasa sup, waktu dihidangkan ialah dari jam 5.00 petang sehingga tengah malam. Semalam masa aku sampai, silap aku jugak sebab makan nasi lemak bungkus dan KFC dalam hotel. Sepatutnya aku keluar malam tu makan sup kat sini.

Memandangkan bas untuk balik ke KL pukul 3.45 petang, memang tak sempat nak merasa sup. Sedih dan frust semua ada. Nampaknya kenalah datang lain kali untuk rasa sup je. 

Restoran Muar Soup House buka dari jam 12.00 tengah hari sehingga tengah malam. Kalau nak makan sup, datang petang selepas pukul 5.00 petang.

Nak cari restoran senang sangat. Tengok kedai yang ada papan tanda pengayuh basikal roda tiga macam dalam gambar bersebelahan jalan berbumbung.


12) Makan Tengah Hari Di Restoran Rasa Sayang & BALIK 

Bas balik ke KL pukul 3.45 petang. Lepas balik dari Muar Soup House (walaupun tak ada rezeki nak makan), aku bersiap-siap balik ke hotel kemas baju. Pukul 12.00 tengah hari aku terus je check out.

Sebelum naik bas, aku sempat singgah makan kat sebuah Restoran Rasa Sayang. Seriously..aku order nasi ayam telur masin. Rasa dia sedap sangat. Rupanya itu ialah nasi ayam butter. Kena dengan selera aku. Sedap sangat-sangat. Air pula aku order mango shake. 

Surrounding restoran ni memang menarik. Selesa sangat. Cuma waktu tengah hari agak panas sebab suasana restoran yang open air. Cuma beratap tanpa dinding. 

Ada hiasan menarik untuk bergambar juga. Aku highly recommended untuk korang cuba makan kat sini. Memang sedap.



13) Kubu Bentayan - Tanda Sejarah Di Terminal Bas Bentayan

Masa aku tunggu bas nak balik ke KL, baru aku perasan ada satu tanda peringatan sejarah yang benar-benar lama iaitu papan tanda medan pertahanan akhir masa zaman sejarah Kesultanan Melayu Melaka 1511 iaitu Kubu Bentayan.

Jangan lupa bergambar kat sini sebagai kenangan sebelum balik. Penting tahu untuk mengenang sejarah terutama Sejarah Melayu Melaka.





Habis cerita tentang kembara dua hari aku sendirian ke Muar. Walaupun cuma dua hari, aku sangat berpuas hati terutama bab makan.

Oh lupa nak upload gambar Muarar 99 Hotel (klik tengok gambar)  tempat aku menginap. Kebetulan, aku dapat bilik tepi dekat dengan laluan lobi. Jadi saiz bilik aku panjang dan tirus gitu. Agak luas jugaklah. Ada TV, penghawa dingin, kemudahan bilik air seperti shower, cecair mandian dan syampoo, kettle untuk masak air, botol mineral dan paket Kopi 434.



Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

0 comentários:

LIANI AZIZ
+6017-304-####
Kuala Lumpur, Malaysia

SEND ME A MESSAGE