Assalamualaikum &Hello..Nama Saya..

Liani Aziz

Saya seorang blogger dunia lifestyle Saya meminati dunia travel.. Dunia Fotografi.. Dan Videografi..

Sunday, September 11, 2016

Pengalaman Hiking Kali Pertama Bukan Malaysia Tapi Indonesia


Aku mula mengenal tentang 'hiking' kurang daripada dua tahun yang lalu iaitu sejak kakakku yang nombor dua berkahwin dengan abang ipar yang meminati dunia hiking. Tapi, aku tak adalah mengikut abang ipar tu pergi hiking sentiasa. Rasanya baru sekali dua aku mengikut dia pergi mendaki. Itupun sekadar di Sungai Chilling. 


Tetapi sebenarnya, sebelum aku mengenal istilah 'hiking' atau mendaki, aku pernah melakukannya buat pertama kali seumur hidup. Dan ianya bukan di Malaysia tapi di Indonesia! Sekali lagi aku ulang. Semua ini aku lakukan sebelum aku mengenal istilah 'hiking'!


Yang paling kelakar ialah aku dan kembarku melakukan tanpa buat latihan stamina. Langsung tak ada latihan jogging ke...gimnasium ke..angkat berat ke...push up ke..memang zero. Tahu tahu bila sampai kat Indonesia, destinasi yang kami nak pergi masa itu ialah sebuah danau yang kau perlu mendaki selama 5-6 jam!


Yes..Indonesia ialah destinasi pertama aku melibatkan diri dengan mendaki iaitu di Ranu Kumbolo. Ketinggian tempat ini ialah 2,400 meter dari paras laut. Tempat ini sebenarnya ialah sebuah danau yang menjadi persinggahan para pendaki sebelum meneruskan pendakian di Semeru yang ketinggiannya 3,676 dari paras laut

Danau Ranu Kumbolo

Perkara yang buat aku tertarik untuk naik ke Ranu Kumbolo ialah kerana tasiknya, savanahnya dan keunguan bunga-bunga umpama bunga lavendar yang tumbuh di sebalik danau, gunung dan padangnya yang luas. Kedua ialah kedinginan cuacanya yang boleh jatuh sehingga 8ºC.

Merenung dulu sebelum turun tengok lavender

Macam lavender kan?


Aku ini jenis excited nak merasa cuaca sejuk. Al-Maklum ler...selama ni asyik main salji dalam peti ais je. 

Ranu Kumbolo ini mana ada salji. Tapi cuaca memang sejuk. Dalam pukul 2 petang macam tu pun korang dah boleh rasa angin berhembus yang menggigit tulang. Malam apatah lagi...berbungkus selimut dan 'sleeping beg' jawabnya.

Penghujung pendakian sebelum tapak perkhemahan

Tapak perkhemahan, Ranu Kumbolo

Kebanyakan para pendaki yang bercadang naik ke Semeru, biasanya mereka akan singgah bermalam di danau Ranu Kumbolo sebelum meneruskan pendakian seterusnya yang lebih mencabar di Semeru. Gunung Semeru atau dipanggil juga Mahameru inilah yang menjadi target kebanyakan para pendaki di Indonesia.

Gunung yang belakang tanpa pokok itulah Semeru / Mahameru

Ada asap beracun sebelah Semeru

Memandangkan masa itu aku memang tidak ada plan untuk naik ke Semeru, aku dan kembarku cuma menamatkan pendakian dan bermalam untuk semalaman di Ranu Kumbolo.

Pengalaman Pertama Mendaki Yang Memeritkan Jiwa

Disebabkan ini ialah pengalaman pertama mendaki, hanya Allah saja yang Maha Tahu betapa menderitanya untuk sampai ke Ranu Kumbolo.

Seorang pendaki lelaki lain yang berhenti sekejap sebab kepenatan. Laluan agak steep

Kami berlepas dari Ranu Pani, iaitu kem perlepasan para pendaki yang nak ke Ranu Kumbolo atau Semeru.

Pos pendakian Ranu Pani

Kami ambil masa 6 jam untuk sampai ke Ranu Kumbolo dari Ranu Pani. Pendakian memang memeritkan. Mungkin sebab kami tak buat latihan fizikal langsung menyebabkan keletihan luar biasa terjadi. 

Mulanya kami bertolak bersama team Indonesia yang aku sertai dari Ranu Pani. Di pertengahan jalan, kami terpaksa biarkan team aku ni bergerak dulu disebabkan aku dan kembar tak mampu nak follow. Yelah..mereka tu masih muda dan sudah biasa dengan tempat itu. Lagipun, mereka masa itu memang laju dan kami tak mampu nak kejar.

Peace Yo!

Mereka pun, dengan berat hati meninggalkan kami dengan panduan-panduan laluan. Rupanya tak salah keputusan kami berpisah di pertengahan jalan sebab aku dan kembar sampai 2 jam lewat di Ranu Kumbolo! Hahah..memang memalukan...

Nanti aku akan ceritakan pengembaraan sebenar sebelum mendaki ke Ranu Kumbolo. Harapnya panduan ke Ranu Kumbolo ini dapat dijadikan rujukan bagi mereka yang berminat nak pergi sama ada secara berkumpulan atau solo. 

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

0 comentários:

LIANI AZIZ
+6017-304-####
Kuala Lumpur, Malaysia

SEND ME A MESSAGE