Assalamualaikum &Hello..Nama Saya..

Liani Aziz

Saya seorang blogger dunia lifestyle Saya meminati dunia travel.. Dunia Fotografi.. Dan Videografi..

Saturday, September 3, 2016

Cerita 1 Mei 2014 - Hari Pertama Kembara Ke Indonesia




Penerbangan kami sebenarnya pada waktu petang jam 4.20.Kami turun seawal 10.30 pagi untuk ke KL Sentral bagi mendapatkan bas ekspres ke KLIA. Semangat kami berkobar-kobar bercampur perasaan gementar. 

Masih ingat lagi pengalaman yang agak menyedihkan semasa kami naik bas dalam perjalanan ke KLIA, Kami telah dimarahi oleh seorang pekerja bas kerana disangka makan aiskrim dalam bas. Padahal kami bukan makan aiskrim sebaliknya yogurt. Rasa sangat malu bila ditegur dengan cara yang begitu kasar di hadapan para penumpang yang lain yang kebanyakannya adalah foreigners. Sedikit sebanyak kegembiraan memulakan pengembaraan terbantut selepas dimarahi. 

Apapun, bila fikir keseronokan yang bakal ditempuhi 10 hari berikutnya di Indonesia, perasaan sedih bertukar gembira sebaik tiba di KLIA. 

Penerbangan menaiki pesawat KLM sebenarnya jauh lebih selesa daripada pesawat Airasia. Jadi tak sia-sia kami menghabiskan tiket pergi balik untuk 2 orang sebanyak lebih kurang RM800. 



Kami tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta pada jam 6 petang waktu tempatan. Di Indonesia, pukul 6 petang sudah gelap seperti malam. 


Ada stesen bas bersebelahan lapangan terbang soekarno hatta 

Kami menaiki bas damri dari lapangan terbang ke stesen keretapi Gambir. Tambang bas cuma Rp 30,000.

Sampai di stesen keretapi Gambir, kami singgah di surau berhampiran untuk solat jamak & qasar maghrib isyak. Selesai solat, kami terus ke kaunter tiket untuk menaiki keretapi ke destinasi seterusnya iaitu Purwokerto. Masih ingat lagi, kami cuma ada masa 2 minit sebelum keretapi berlepas selepas membeli tiket dikaunter! Apalagi..kami berlari tak cukup tanah untuk dapatkan keretapi tersebut pada jam 9 malam dalam masa 2 minit! 


Itulah pengalaman berlari mengejar keretapi yang menyeronokkan bagi kami. Dengan bagpack masing-masing yang besar gedabak atas belakang, kami berlari mengejar keretapi walaupun dalam keadaan yang sangat penat dan mengantuk. Sebaik kaki kami selamat berpijak di atas keretapi, ia terus bergerak tanpa menunggu lagi.

Harga untuk satu tiket ialah Rp340,00 dari station Gambir ke Purwokerto. Lebih kurang RM100. Bagi kami, harga tiket ini sangat mahal tetapi ini adalah koc eksekutif. Tempat duduk agak selesa dan layanan di koc ini juga sangat baik. Makanan di koc ini juga disediakan tetapi kena beli sendiri.

Disebabkan kelaparan yang teramat, kami menempah nasi goreng biasauntuk alas perut.Disebabkan terlalu lapar, rasa nasi goreng itu rasa sedap semacam.Hihi..


Koc Eksekutif


Perjalanan ke Stesen keretapi Purwokerto mengambil masa 5 jam 30 minit. Dalam perjalanan, kami mengambil peluang untuk berehat secukupnya. Sayangnya sebab keadaan malam yang gelap, tak dapatlah nak menikmati pemandangan luar. Kami cuba tidur sepanjang perjalanan.

Jam 2.30 pagi, kami tiba di stesen Purwokerto.
Stesen Purwokerto terang benderang waktu malam

Stesen Keretapi Purwokerto


Kami disambut oleh supir-supir yang menunggu untuk mendapatkan pelanggan. 

Mulanya, kami fikir terima sahaja tawaran supir untuk hantar kami ke destinasi seterusnya iaitu Dieng Plateu. Tapi, bila memikirkan faktor keselamatan dan keadaan pagi yang masih gelap, kami buat keputusan untuk tunggu sehingga matahari terbit. Lagipun, jarak dari Stesen Purwokerto ke Lembah Dieng sebenarnya masih jauh dan kami tahu bahawa ada bas awam untuk ke sana. Faktor perbelanjaan juga diambil kira. 

Kami menunaikan solat subuh dan mandi untuk mengembalikan kesegaran sebelum meneruskan pengembaraan seterusnya. 

Jam 5.30 pagi, kami mendapatkan Angkutan untuk ke Terminal Bas Bulupitu






Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

0 comentários:

LIANI AZIZ
+6017-304-####
Kuala Lumpur, Malaysia

SEND ME A MESSAGE