Assalamualaikum &Hello..Nama Saya..

Liani Aziz

Saya seorang blogger dunia lifestyle Saya meminati dunia travel.. Dunia Fotografi.. Dan Videografi..

Sunday, December 16, 2012

Dokumentari Ringkas: Mereka Tanpa Rumah


Assalamualaikum

Hari ini seawal jam 6.40 pagi aku keluar daripada rumah menjalankan misi yang dah tertangguh selama 2 minggu. Iaitu mengambil gambar gelandangan-gelandangan (homeless people) sekitar Kuala Lumpur. Pada awalnya, aku dinasihatkan oleh kakak sulung supaya tidak melakukan aktiviti ini atas faktor keselamatan. 

Tapi, biasalah...aku ni bukan jenis makan saman. Bila kakak dan abang ipar aku menakut-nakutkan aku pasal kemungkinan dikejar gelandangan yang tak berapa sihat akal, aku kecut perut jugak. Tapi, semua tu tak mematahkan semangat aku. Dan hari ni, aku melaksanakan misi ini.

Aku tak keseorangan. Bersama dengan aku adalah my twin. Kami menuju ke destinasi dengan menaiki bas drp rumah dan seterusnya menaiki tren dan berhenti di Stesen Pasar Seni. Dengan hanya berjalan kaki, kami meronda sekitar kawasan Masjid Jamek, Jalan Sultan dan Jalan Tun Perak.

Setelah turun di Stesen Pasar Seni, aku menjangkakan akan menjumpai ramai gelandangan yang masih enak dibuai mimpi sekitar kawasan Central Market. Tapi, jangkaan aku meleset. Tak ada seorang gelandangan pun yang tidur di atas kerusi batu berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Aku agak kepelikan. Biasanya, ramai je gelandangan yang akan berkumpul di kawasan ni. Tapi, pagi ni, seorang gelandangan pun tak ada. Aku agak kecewa. Kemungkinan pihak berkuasa DBKL telah menjalankan misi membersihkan kawasan ini yang selama ini dicacatkan oleh kehadiran para gelandangan. Di kawasan ni, aku hanya berjaya mengambil gambar seekor kucing yang masih nampak mengantuk di balik pokok.


Seterusnya kami ke Jalan Sultan. Walaupun masih awal pagi sekitar pukul 7, Jalan Sultan ternyata sudah riuh rendah dengan aktiviti pasar jualan barangan terpakai di sepanjang jalan. Semasa menelusuri jalan ni, keadaan kami tidak begitu selesa disebabkan bau busuk yang kurang menyenangkan. Orang ramai terutamanya para pendatang asing kelihatan begitu sibuk dengan aktiviti jual beli barangan terpakai. Ada jugak pelancong asing mengunjungi pasar pagi ni. 

Ada seorang gelndangan di situ





Patung Santa Claus pun ade?

Duit lama dari pelbagai negara



Memandangkan ini pengalaman pertama aku mengambil gambar gelandangan, dan bila memikirkan peringatan kakak aku tentang ganasnya para gelandangan ni, aku agak kecut perut untuk capture gambar secara dekat. Jadi ada beberapa gambar yang aku capture blur disebabkan takut!



Dalam gambar di atas, ada 3 gelandangan yang tidur. Tidak diketahui jantinanya. Masing-masing berselimut. Mungkin kerana kesejukan udara diwaktu malam. Bayangkan...dalam keenakan kita manusia yang normal ni enak dibuai mimpi di atas katil yang empuk dibawah atap berbumbung dan dalam 'istana' batu yang selamat, mereka ni tidur di kaki-kaki lima, bertemankan kesejukan malam, kekotoran dan bau busuk. Betapa daif kehidupan gelandangan ni. Bayangkan bagaimana mereka tidur bila keadaan hujan di waktu malam?



Masa capture gambar di atas, seorang daripada gelandangan ni terjaga drp tidur dan terpandang ke arah kami yang sedang syok mengambik gambar mereka. Cepat-cepat kami lari tak cukup tanah. Bimbang dikejar olehnya.


Masa capture gambar di atas, aku olok-olok nak ambik gambar orang ramai sedang berjual beli. Padahal sebenarnya aku fokuskan kamera ke arah gelandangan ni. Kalau fokus direct pada dia, nanti disyaki pulak. Gelandangan ni asyik pandang aku je masa tengah capture gambar ni. Tapi, aku pandai berlakon...akhirnya berjaya curi tangkap gambar dia yang sedang duduk termenung di tepi jalan dalam keadaan jalan raya sibuk dengan orang ramai dan kenderaan yang lalu lalang. Entah apa yang dia sedang fikirkan agaknya...

Nampak tak dia sedang pandanga ke arah aku?


Seterusnya, kami berjalan menuju ke Jalan Tun Perak, berdekatan dengan Puduraya. Melalui kawasan ni, aku juga agak kecewa sebab biasanya ada ramai gelandangan yang tidur berhampiran Puduraya. Tapi, pagi ni, tak ramai yang boleh dilihat. Hanya beberapa orang saja yang kelihatan masih tidur.




Gambar ni diambil disebalik bas. Berselindung takut kalau-kalau gelandangan ni menyedari gambarnya sedang diambil dan mengejar aku. Lihat makanan dan minumannya. Agak-agak dia beli dengan duit sendiri, diberi orang, atau dikutip sisa-sisa makanan dari tong-tong sampah?



Gelandangan ni agak special sikit. Mempunyai kerusi malas dan siap cuci dan ada jemuran baju lagi tuuu... 



Seterusnya kami berpatah semula ke Central Market untuk breakfast. Ternampak lagi seorang gelandangan yang masih tidur.


Misi kami tamat pada pukul 8 pagi. Seterusnya kami singgah di KFC di Central Market untuk bersarapan. Setelah sarapan, kami pun lepak sekejap di Dataran Merdeka.

Secara keseluruhan, sekarang ni gelandangan yang berada di sekitar KL sudah tak ramai macam dulu. Kalau dulu, bukan main ramai lagi gelandangan yang boleh dilihat pada bila-bila masa saja di kawasan seperti Puduraya dan Stesen LRT Pasar Seni. 

Golongan gelandangan ni walaupun adalah pinggiran masyarakat, sebenarnya masih ada pihak yang sudi memberi ihsan dan bantuan dalam bentuk makanan. Setahu aku, pada waktu malam, ada pihak bertanggungjawab yang akan mengagihkan bantuan makanan kepada golongan ini pada hari-hari tertentu. Bukan setakat makanan ini diagihkan kepada para gelandangan. Malah orang-orang miskin juga menrima bantuan ini yang diagihkan sekitar ibu kota. Aku sendiri pun tak pasti sama ada program ini masih dijalankan atau tidak. Melalui pembacaan beberapa sumber di internet, aku yakin, program agihan makanan percuma ini masih lagi dijalankan demi membela golongan gelandangan , miskin dan tak berkemampuan.

Tapi, bila aku fikirkan, sampai bila mereka nak hidup merempat dan memikul gelaran sebagai gelandangan yang sentiasa terpinggir dalam masyarakat? Kalau pun mereka ni pernah melalui zaman kejatuhan dalam sejarah lampau hidup mereka, takkanlah selama-lamanya mereka membiarkan kehidupan mereka terus jatuh dalam lembah yang hina dalam pandangan masyarakat ni? Sedangkan kebanyakan daripada mereka masih memiliki tubuh badan yang sihat. Masih mampu untuk bekerja mencari rezeki. Adakah disebabkan keadaan hidup mereka yang sebegini menyebabkan hilangnya kewarasan dan pertimbangan akal dalam mencari hala tuju dalam hidup?

Bagi aku, selagi manusia mampu berfikir dengan waras, selagi itulah manusia wajib berjuang menjulang kehidupan mereka ke tahap kehidupan yang senormal dan se-selesa mungkin. Aku masih ingat lagi sebuah filem berteraskan kisah benar tentang seorang gelandangan wanita bernama Liz Murray dalam filem bertajuk Homeless To Harvard. 


Kisah benar tentang Liz Murray yang mempunyai keberanian dan keazaman yang  tinggi untuk berjaya walaupun menghadapi pelbagai kekurangan dalam hidup sehingga akhirnya menjerumus kehidupanya sebagai seorang gelandangan. Beliau mempunyai ibu bapa yang ketagihan dadah, tiada makanan untuk dimakan dan akhirnya setelah kematian ibu dan berpisah daripada bapanya yang seorang penagih dadah, akhirnya dia hilang tempat tinggal dan menjadi seorang gelandangan. Walaubagaimanapun, berbekalkan semangat yang luar biasa, akhirnya dia berjaya mendapatkan biasiswa belajar di Harvard.


 
Trailer Homeless To Harvard


Liz Murray dalam dunia realiti


Jadi, aku yakin manusia walau sedalam mana pun dia pernah jatuh dan merasai kesakitan dalam kehidupan, selagi ada azam dan semangat luar biasa dalam diri, mereka pasti mampu berjaya walau dalam apa keadaan sekali pun. Tinggal nak atau tak nak saja...




Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna Veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat.

0 comentários:

LIANI AZIZ
+6017-304-####
Kuala Lumpur, Malaysia

SEND ME A MESSAGE