Assalamualaikum &Hello..Nama Saya..

Liani Aziz

Saya seorang blogger dunia lifestyle Saya meminati dunia travel.. Dunia Fotografi.. Dan Videografi..

Tentang Saya

Hello

SayaLiani Aziz

Travel Blogger, Future Success Photographer & Digital Nomad

Ini ialah blog Kembara Kembar. Saya berasal dari Malaysia. Rupa saya seakan orang India tapi jangan terkeliru kerana saya sebenarnya adalah seorang Melayu tulen. Ya, saya seorang kembar kepada seorang wanita yang berbeza karakter dengan saya. Kami sentiasa kembara bersama dan sangat meminat dunia travel. Tetapi kadang-kadang, saya suka mengembara seorang diri untuk menjadikan diri lebih berani, berdikari, cekal hati, kreatif dan yang paling indah pelajaran sepanjang perjalanan. Keinginan saya begitu kuat untuk menjadi pengembara sepenuh masa yang mampu keliling dunia tanpa pertimbangan masa terhad 9 hingga 5. Anda tahu apa maksud saya bukan? Saya ingin menjadi digital nomad yang sentiasa bersih dan harum. Fotografi dan videografi adalah visi saya. Tetapi kini..apa yang saya perlukan ialah sebuah kamera terbaik di dunia!

Pengalaman

Travel, Food & Lifestyle Writer

Sini Malaysia

Saya kini bekerja sebagai penulis sepenuh masa di sebuah syarikat media di Kuala Lumpur

Part Time Blogger

Kembara Kembar

Semua cerita peribadi dalam pengembaraan, makan-makan, hobi dan aktiviti hebat saya kongsikan dalam blog Kembara Kembar

Amateur Photographer & Videographer

Sini Malaysia (Social Media)

Menjadi wakil media untuk sebarang jemputan majlis, ulasan makanan, hotel dan kembara untuk disiarkan dalam media sosial dan laman sesawang

Website maintain

Insaniah Uni. College (Diploma of IT)

Saya sedikit berpengetahuan dalam pengaturcaraan termasuk HTML, XML, Java, Visual Basic dan Bahasa C

Khidmat

Ulasan Travel
Ulasan Hotel
ULASAN MAKANAN PRODUK (HALAL)
PENULISAN ARTIKEL
KAJIAN TRAVEL TEMPAT MAKAN
PHOTOGRAPHY & VIDEOGRAPHY

3000

LINES OF CODE

50

COFFEE CUPS

324

BOOKS

1234

GIFTS

Travel Story

(klik gambar & view more)

Hari Ketiga : Jalan-Jalan Di Bandar Krabi & Ao Nang Beach

3 Oktober 2018 

Jam 5.00 pagi aku dah bangun sebab tak sabar nak ke Ao Nang Beach. Dalam 6.30 pagi aku keluar daripada hotel. Bukan check-out sebab aku ingat nak tinjau-tinjau sekejap tengok apa yang ada di Krabi City. 

6.30 pagi kat Thailand dah cerah macam pukul 7.30 hokey. Aku tahan tuk tuk dari depan hotel dan cakap dengan pemandu macam itik bercakap dengan ayam. Guna bahasa isyarat tangan sebab pemandu tak faham English. Aku tunjuk je arah mana aku nak pergi. Aku cakap kat pemandu Straight straight sambil tunjuk arah mana nak pergi. Then tanya how much padahal entah ke mana-mana pemandu tu nak pergi. Aku naik je sebab yang penting aku tahu yang pemandu sedang menghala ke pekan utama Krabi City. Dalam 10 minit dari tempat hotel aku menginap. 

Jalan-Jalan Di Bandar Krabi

Rupa-rupanya pemandu tuk tuk berhenti dan turunkan penumpang dekat kawasan pasar. Aku pun redha ajelah sambil meninjau keadaan dalam pasar. Apa nama pasar itu pun aku tak tahu sebab tak faham tulisan dalam bahasa Thailand. 

Tapi rupanya not bad juga pasar Krabi City ni. Pasar dia agak besar dan kat dalam itu ada macam-macam barang jualan oleh para peniaga. Ada peniaga dari kalangan orang Islam juga. Muslim dan non-muslim berada bawah satu bumbung berniaga dengan penuh harmoni. Selamat je aku rasa masa tinjau-tinjau dalam pasar. 

Banyak orang jual-jual makanan seperti kuih muih dan minuman. Selain itu, ada barangan basah termasuk ikan dan daging. Tak ada pula aku jumpa orang jual daging babi. 

Selain itu, ada juga barangan mentah kering seperti belacan dan ikan kering. Kalau korang nak shopping pakaian pun ada banyak yang cantik-cantik. 

Boleh tahan jugak la rasa seronok dapat masuk pasar kat Krabi City ini walaupun mula-mula aku bercakap dengan pemandu tuk tuk macam ayam dengan itik. 

Berkunjung ke pasar Krabi City tanpa dirancang. Ini baru orang panggil traveling. Kalau ikut itinerary itulah orang panggil percutian. Haha..

Bermacam-macam jenis kuih ada. Kuih dia tak jauh beza dengan kuih di Malaysia. Ada sesetengan kuih yang pelik kita tak pernah jumpa kat Malaysia

Teh ais dia pekat kow kow . Puas hati minum harga pun murah 20 Baht saja.

Pasar basah ini ada macam-macam jenis ikan. Harga boleh tahan murah-murah. Aku tak perasan kalau ada orang jual daging babi kat sini. Rasanya tak ada..

Harga ikan besar ni 100 Baht? Macam tak percaya je kan

Yang ini mungkin rempah masakan Thailand. Aku pergi dekat tak ada pula bau rempah ratus.

Belacan Thailand. Boleh pula aku tanya penjual ni dalam bahasa melayu " Ini belacan ke? ". Terpinga-pinga dia sebab tak faham. Aku ingatkan dia boleh cakap bahasa melayu sebab muka macam melayu.

Bahagian orang jual sayur-sayuran.

Kawasan ini umpama food court dalam pasar gitu. Ada makanan halal dan tak halal. Aku tak beli apa-apa makanan sebab sengaja nak biar perut kosong sebab nak makan kat pantai Ao Nang

Kuih ni famous kat Krabi. Macam lempeng mini tapi aku tak beli sebab tak tahu inti apa yang warna kuning tu. Was was jugak nak beli.

Dah puas jalan-jalan di pasar, aku pun keluar balik ikut jalan besar laluan sama masa aku naik tuk tuk tadi. Masa jalan-jalan menghala ke jalan besar, aku tengok ada beberapa restoran makanan halal oleh peniaga muslim. Dim sum dan roti canai pun ada orang jual. Mulanya aku ingat nak singgah makan sebabperut dah agak lapar. Tapi bila ingat nak kejar ke Ao Nang Beach, aku tangguhkan dulu niat mengisi perut yang lapar ni. 

Menara jam bentuk singa laut. Nak menghala ke jalan besar tak jauh dari pasar basah Krabi City
Restoran Dim Sum Halal. Aku tengok ada juga menu-menu lain yang sedap-sedap seperti nasi goreng. Ada macam-macam jenis nasi goreng. Aku tak singgah makan sebab tak cukup masa.

Ada orang jual roti canai jugak. Ramai pelanggan makan kat sini. Masa aku ambil gambar restoran, semua orang pakat tengok. Aku pun terus je blah jalan cepat-cepat.

Kemudian aku jalan lagi sampailah tiba di jalan besar. Ada daya tarikan menarik kawasan ini iaitu sungai dan sculture berbentuk ketam yang terletak betul-betul bersebelahan jalan besar.

Dari sini lintas jalan nak ke seberang sana. Nak tengok pemandangan sungai dan statue bentuk ketam gergasi.

Memandangkan seorang diri, kita selfie ajelah
Anak ketam lawan mak ketam. Kedudukan sculpture ni sesuai sangat bersebelahan dengan sungai

Ingat ye siapa-siapa yang nak datang sini, sila Google Nama tempat ni iaitu The Mud Crab Sculpture

Statue helang tak jauh dari sculpture mud crab. Tak sempat nak baca keterangan tentang burung helang ni.

Peta dan daya tarikan yang ada di Krabi City. Ada banyak sebenarnya daya tarikan yang boleh korang explore. Ada banner diletakkan di kawasan ini pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan. Antara yang paling best aku tengok ialah pengembaraan menaiki bot dan memasuki kawasan gua yang terletak di laluan sungai.

Salah satu daya tarikan kat hujung sana kalau ambil pakej pelancongan dan naik bot yang ditawarkan.

Ada peta dan petunjuk tempat dan restoran menarik yang ada di Krabi City.

Masa aku jalan-jalan area sungai ini, aku perasan ada lelaki yang meragukan tengah perhati dan ikut aku slowly mana saja aku pergi. Tengah seronok nikmati persekitaran tiba-tiba ada pula manusia suspicious yang mengekor kita dengan anak mata. Dia ingat kita tak perasan dia agaknya. 

Aku pun cepat-cepat lintas jalan untuk ke seberang sana dan cepat-cepat ambil tuk tuk. Masa aku dah tinggalkan tempat tu, aku perasan lelaki tu perhati je aku sampailah tuk tuk yang aku naik hilang dari pandangan dia. Nasib baik dia tak terus ikut kalau tak...risau jugak bila jalan sorang-sorang ni. 

Tuk tuk yang aku naik ni akan sepatutnya patah balik menghala ke hotel tempat aku menginap. Tapi entah macam mana aku lupa nak ambil gambar trademark sculture sampan yang terletak betul-betul depan hotel aku menginap. Boleh jugak aku tunjuk dekat pemandu tuk tuk tu. Akhirnya aku berhenti kat satu jalan ni then aku jalan kaki cari jalan balik ke hotel Nasib baik tak sesat. Boleh tahan jugak la nak ingat dan kenalpasti balik jalan raya menuju ke hotel. Nasib baik aku ni jenis mudah hafal laluan jalan raya ni sebab aku jenis alert bila nak ingat jalan. Macam otak orang lelaki gitu..huhu..

Trademark sculpture sampan ini yang buat aku ingat balik nak cari jalan balik ke hotel

Simpang empat tak jauh dari hotel Ban Mai Mansion tempat aku bermalam. Jalan ni adalah laluan untuk ke Ao Nang Beach jugak.


Check-Out Hotel Kemudian Bertolak Ke Ao Nang Beach

Pukul 9.20 lepas siap-siap check-out hotel, aku terus ambil tuk tuk dekat simpang empat yang terletak tak jauh dari hotel aku menginap semalam. 

Rupanya baru aku perasan yang ada terminal bas Krabi tak jauh dari sini. Patutlah pemandu bas turunkan aku penumpang kat seberang jalan sini semalam. Cumanya bas itu tak masuk ke bahagian dalam terminal Aku pun tak tahu kenapa bas tak nak masuk. Mungkin untuk memudahkan penumpang mendapatkan tuk tuk pulang ke destinasi masing-masing. 

Tak sampai 2 minit rupanya dari hotel. Aku tunggu tuk tuk nak ke Ao Nang Beach depan lorong masuk ke terminal bas ini. Banyak tuk tuk akan keluar masuk dari sini. Boleh tanya mana-mana driver yang akan menghala ke Ao Nang Beach.

Aku tunggu tuk tuk untuk ke Ao Nang Beach tak lama dalam 10 minit saja. Sebelum pukul 9.30 aku dah berjaya dapatkan tuk tuk menuju ke destinasi impian. Haha..

Aku pun enjoy saja menikmati perjalanan lebih kurang selama 30 minit menuju ke Ao Nang Beach. Sementara nak sampai ke sana, tuk tuk akan berhenti seketika di beberapa perhentian untuk ambil penumpang. 

Pukul 10.15 pagi camtu, aku dah pun sampai di Ao Nang Beach. Yahoooooo....








Hari Pertama : Masuk Hadyai Menerusi Padang Besar


2 Oktober 2018

Jam 6 pagi aku dah bertolak ke KL Sentral naik bas Rapid KL dari rumah. Train ETS ke Padang Besar akan bertolak pada pukul 7.00 pagi.

Train ETS bertolak tepat pada pukul 7.00 pagi. No delay delay ok. 

Aku dapat tempat duduk sebelah tingkap tapi tak berapa nak best sangat sebab kena duduk sebelah seorang lelaki ni. Aku rasa dia lawyer sebab aku tengok dia pakai kot hitam smart macam gaya lawyer dan bawak fail mahkamah. Tapi nasib aku betul-betul bertuah sebab dia turun masa sampai di  station Ipoh. Jadi, dari station Ipoh sehingga ke Padang Besar, tak ada penumpang lain dah yang masuk duduk tempat itu. Rasa seronok pulak dapat duduk sorang-sorang selama lebih kurang 3 jam seterusnya.

Jam 12.45 ETS tiba di stesen terakhir iaitu Stesen Padang Besar. 

Mula-mula sampai stesen tu aku macam blur sekejap seperti rusa masuk Kampung Baharu. Aku tertanya-tanya juga dalam hati mananye tempat nak naik keretapi tingkap terbuka dari Padang Besar ke Hadyai yang diceritakan oleh orang lain kononnya best sangat tu?

Malas nak blur lama-lama sangat dan demi tak nak buang masa, aku pun terus je terima lamaran salah seorang pemandu van kat situ yang cari rezeki bawak penumpang dari Padang Besar masuk ke sempadan Thailand. Tak dapat merasa naik keretapi tingkap terbuka pun tak apalah. Yang penting aku tak buang masa lama-lama sangat untuk tunggu jadual tren seterusnya.

Info :
  • Jadual train dari Padang Besar ke Hadyai ada 2 trip iaitu 9.55 pagi & 3.40 petang
  • Jadual train dari Hadyai ke Padang Besar ada 2 trip iaitu 7.30 pagi & 1.00 petang

Pemandu van lelaki itu cuma mintak bayaran RM20 sekepala untuk perjalanan kira-kira satu jam dari sempadan imigresen Padang Besar ke bandar Hadyai. Dia boleh cakap dalam Bahasa Melayu. Pemandu akan bawa dan tunggu sekali sehingga kita selesai cop pasport untuk masuk sempadan. Yang penting dapat cepat sampai ke bandar Hadyai sebab aku nak kena kejar naik bas ke Krabi pulak.

Tapi ingat! Korang kalau nak duit selamat lebih baik tunggu sampai Hadyai dulu baru bayar. Takut bayar awal-awal nanti kemungkinan ada pemandu van yang lari masa kita tengah beratur cop pasport kat imigresen Thailand. Tak ke aniaya diri sendiri tu. huhu...

Masa sampai di Stesen ETS Padang Besar. Kat sini korang boleh pilih sama ada nak naik van atau terus turun ke tingkat bawah untuk cop pasport dan tunggu ketibaan train tingkap terbuka seterusnya. Aku tak cop pasport kat stesen keretapi sebab aku ambil van dari Padang Besar. Pasport akan di cop kat pejabat imigresen Thailand bagi laluan lain-lain kenderaan.


Beratur masa nak cop pasport di imigresen Thailand.

Naik Bas Dari Bandar Hadyai Ke Krabi. Enam Jam Perjalanan

Aku minta pemandu van hantar terus ke stesen bas bandar Hadyai. Semasa sampai di stesen bas Hadyai, tiba-tiba aku nampak mesin ATM bank siam. Timbul perasaan nak menguji pengaktifan kad atm luar negara yang aku dah aktifkan sehari sebelum itu. Macam la pertama kali buat..Bukan apa cuma risau duit tak cukup.

Aku cuba keluarkan 500 baht. Caj servis pengeluaran agak tinggi iaitu 220 bhat. Dalam RM28 duit kita. Mahal siot..haha..nak test punya pasal rugi duit aku padahal duit dalam tangan dah ada dalam 3,300 Baht.

Aku beli tiket bas ke Krabi di kaunter tiket bas. Harga tiket 162 Baht dan bas akan bertolak pada jam 2.40 petang.

Bas ke Krabi. Walaupun destinasi di tulis Hadyai - Phuket, itu hanyalah nama stesen perhentian terakhir. Bas akan melalu bandar Krabi juga untuk turunkan para penumpang

Muka relief dapat beli tiket bas
Selfie sekeping dua sebelum bas bertolak ke Krabi City


Tiba Di Bandar Krabi Jam 8.00 Malam

Jenuh juga melalui perjalanan bas hampir enam jam lamanya. Hujan turun renyai-renyai semasa perjalanan di siang hari. Pukul 6.00 petang kat Thailand pemandangan sudah gelap seperti waktu malam.

Masa atas bas dekat-dekat nak sampai tu, beberapa kali aku cuba tanya pembantu bas supaya tak terlepas stesen perhentian. Sebabnya aku rasa lama sangat perjalanan. Kalau mengikut info yang aku baca sepatutnya dalam 5 jam perjalanan sahaja.Termasuk dengan berhenti di RnR selama kira-kira 20 minit. Tambahan lagi keadaan terlalu gelap dan jam hampir pukul 8.00. Pembantu bas pulak sepatah haram tak faham aku cuba cakap dalam Bahasa Inggeris. Susah betul dia nak respond aku last-last dia blur nak jawab dia blah ke bahagian pemandu macam tu je..Haha..

Aku pun beralih tanya kepada penumpang yang duduk sit sebelah. Masa tu dah dalam pukul 7.40 malam. Dia faham sikit-sikit English dan dia cakap next station baru sampai bandar Krabi. Aku pun haaa...OK..Thanks her and felt so relief at that time.

Rupanya tak ada stesen bas utama untuk turunkan penumpang. Diorang hanya turunkan penumpang di tepi jalan. Macam mana la aku tak konfius dan risau.

Tapi nasib baik aku rajin bertanya. Kalau tak mesti dah terlanjur sampai ke Phuket.

Check In Hotel Ban Mai Mansion

Mujurlah pemandu bas turunkan penumpang dekat kawasan persimpangan berhampiran dengan hotel Ban Mai Mansion.

Mulanya aku ingat nak terus ambil tuk tuk ke Ao Nang Beach. Tapi memandangkan hari sudah malam dan aku berseorangan, rasa takut juga nak ambil risiko. Jadi, aku check-in hotel yang paling dekat. Melilau jugak la sekejap semata-mata nak cari hotel lain yang best-best. Dekat 20 minit aku tinjau kawasan berdekatan. Hotel Ban Mai Mansion inilah satu-satunya opsyen yang aku ada. Nak jalan kaki jauh semata-mata nak cari hotel malam-malam begini terasa seperti membuang masa sahaja. (ayat skema)

Harga Hotel Ban Mai Mansion untuk semalaman cuma 500 Baht (dalam RM64). Ada wifi, TV, bilik mandi beserta tandas dalam bilik. Aku pilih bilik yang ada dua katil. Senang nak campak beg pakaian. HAha..

Nama hotel Ban Mai Mansion ni kalau kau Google memang tak jumpa. Aku pun pelik jugak selalunya nama-nama hotel mesti termasuk dalam enjin pencarian Google. Tapi yang ni tak ada pulak. Entah betul ke salah ejaan aku tak pasti. Tapi memang aku dah double check masa hantar Whatsapp report untuk adik beradik aku yang masa tu berada jauh di mata..Huhu..

Bilik yang bagi aku ok. Yang penting tak ada hantu yang tindih aku masa tengah tidur sesorang malam-malam. Ataupun bunyi suara bayi menangis. Malam pertama di bandar Krabi aku tidur dengan perasaan aman. Alhamdulillah...



Cerita bersambung ke Hari ke-2 di Krabi


Ringkasan Percutian Solo Krabi & Hadyai




Kembara aku ke Hadyai dan Krabi ini adalah kembara solo pertama buat diri aku. Ok, untuk cerita kali ini aku lebih selesa guna istilah 'percutian' sebab aku tak rasa kunjungan ke Hadyai dan Krabi ini satu pengembaraan. Sebaliknya lebih kepada perasaan bercuti. Kembara apanya kalau kau pergi sana semata-mata nak makan. Betul tak?

Apapun, nama pun jalan-jalan kat tempat orang, tidak kiralah sama ada kembara atau bercuti, dua-dua pun menyeronokkan terutama bila kita dapat pergi ke tempat yang tak pernah kita jejakkan kaki sebelumnya.

Percutian solo ini berjalan selama 5 hari 4 malam iaitu dari 2-6 Oktober 2018.

Kali ini kembar aku tak dapat ikut sama kerana terperangkap dalam waktu kerja yang tak menentu. Susah betul dia nak cuti. Jadi kebetulan aku pun baru sahaja lepas berhenti kerja dengan company X (nama company dirahsiakan). Jadinya aku tak kerja buat masa ini. 

Kebetulan pula, pada 1 Oktober 2018 haritu, sehari sebelum ke Hadyai, aku baru diterima bekerja di sebuah company Y (nama company dirahsiakan) selepas menjalani sesi temuduga. Terus hari itu juga bos company tersebut menerima aku untuk bekerja dan aku mula lapor diri seminggu kemudian. 

p/s : (new update) aku dah convert jawatan kerja baru dari jawatan sepenuh masa ke separuh masa (part time). Aku minta sendiri dengan HR dan bos company itu untuk kerja part time. Sekali sekali nak juga buat sesuatu yang di luar kebiasaan.

Jadinya, sebelum start kerja di tempat baru, aku buat keputusan untuk bercuti secara solo ke Hadyai dan Krabi. Lagipun, memang dah lama aku begitu teringin sangat nak kembara secara solo. Untuk permulaan, aku cuma pilih lokasi percutian yang paling dekat dengan Malaysia. 

Bajet 

Memandangkan kali ini semua kos percutian aku tanggung seorang diri, makanya jumlah perbelanjaan jadi agak tinggi iaitu hampir cecah RM1000.  Kos termasuk hotel + tiket ETS + kos pengangkutan awam di Hadyai & Krabi + makan-makan.

Tiket ETS 
  • RM76 (KL- Padang Besar), Gold
  • RM106 (Padang Besar - KL), Platinum 
  • Perjalanan 5 jam (one way)
Kalau tanya aku mana lebih berbaloi sama ada naik ETS atau flight, selepas pengalaman naik ETS ke Padang Besar yang makan masa agak panjang ini, lepas ini aku prefer naik flight. Terutama kalau bercuti dalam masa masa yang singkat. Plus, tak ada pemadangan menarik nak dilihat sangat kecuali masa train melalui Kedah dan Perlis. Dapat la juga tengok pemandangan sawah padi.

Cerita kembara Hadyai dan Krabi ini aku tulis mengikut tarikh supaya pembacaan akan lebih ringkas dan mudah untuk aku ceritakan secara terperinci.

Boleh klik pada link bawah untuk setiap cerita Kembara Solo Hadyai & Krabi di bawah :





EP 3 : Kembara Kembar Vietnam. Cat Cat Village (Sapa) & Nightlife of Sapa


Target kami dalam kunjugan ke Sapa ialah untuk ke Cat Cat Village. Salah satu perkampungan tercantik di Sapa.

Pagi 9 Januari 2017, kami bangun seawal subuh, bersiap untuk solat subuh dan mandi untuk menuju ke Cat Vat Village. Kami mula perjalanan lebih kurang pukul 7.00 pagi. Memandangkan kami berniat ke Cat Cat Village dengan berjalan kaki, maka kami perlu turun lebih awal.


Ini pemandangan awan karpet semasa on da way jalan kaki ke pintu masuk Cat Cat Village

Cara-Cara Ke Cat Cat Village

Ada dua opsyen untuk ke Cat Cat Village. Sama ada dengan berjalan kaki atau naik motorsikal. Ada banyak servis naik motorsikal bersama orang tempatan terdiri daripada suku kaum Hmong. Lelaki dan perempuan.

Aku tak pasti route mana yang dilalui kalau dengan motorsikal. Tapi mengikut pemerhatian aku, tak mungkin boleh masuk ke Cat Cat Village dengan motorsikal. Sebab ia adalah kawasan perkampungan yang terletak bersebelahan air terjun dan hanya ada laluan bukit bertangga sahaja. Kalau naik motosikal pun, maybe mereka akan hantar pelancong sampai ke pintu masuk ke Cat Cat Village sahaja, iaitu tempat untuk beli tiket sebelum dibenarkan masuk ke Cat Cat Village. 

Ya..nak masuk ke Cat Cat Village kena beli tiket dulu. Harga tiket kalau tak silap dalam RM10 jugak lah. Maaf aku dah lupa berapa harga tiket sebab lepas setahun lebih baru nak update blog tentang kembara Hanoi-Sapa ni. Huhu...

Kebanyakan pelancong asing juga akan berjalan kaki ke Cat Cat Village. Jadi kami pilih untuk jalan kaki sahaja. Untuk sampai ke Cat Cat Village, ambil masa dalam 2 jam dengan berjalan kaki. 

Ini penginapan atas bukit. Ada tapak perkhemahan juga. Tapi agak jauh dari pusat Sapa. Nak ke sini dari Sapa, akan lalui jalan menurun. 

Tips Berguna Sebelum Ke Cat Cat Village

  • Better pakai kasut sukan dan seluar trek
  • Aku cadangkan baik bersiap sedia beli sabun Taharah untuk samak. Sebab kemungkinan tinggi untuk pijak tahi babi atau terlanggar anjing yang tiba-tiba muncul. Boleh beli kat Lazada
  • Bawak siap siap air minuman lebih (mineral water & air manis)
  • Breakfast dulu sebelum mula perjalanan
  • Pakai baju seselesa mungkin. 
  • Bawa jaket terutamanya kalau pergi time winter sebab Cat Cat Village agak sejuk pada awal pagi.
  • Turun awal pagi jika plan jalan kaki sepenuhnya. Perjalanan akan makan masa antara 6 sehingga 7 jam.
  • Kalau tak nak rugi, jangan patah balik semasa keluar dari Cat Cat Village. Teruskan perjalanan sehingga melepasi Cat Cat Village
  • Kalau bergambar dengan orang tempatan tu, hulur-hulur la duit sikit sebagai tanda terima kasih

Selepas dari pintu masuk ke Cat Cat Village. Babi babi berkeliaran memang banyak. Babi ok lagi sebab kerja dia cuma menyondol tanah. Kena berjaga-jaga dengan anjing sebab anjing ni boleh muncul tak disangka-sangka. Tapi jangan risau sebab anjing tu cuma jalan-jalan je dan tak kacau orang.

Mula perjalanan menuruni tangga untuk ke Cat Cat Village. Banyak kedai kraftangan dan kedai makan di kiri dan kanan. Boleh singgah beli air botol kalau dahaga sangat

Kedai cenderamata. Tak beli apa-apa sebab takut berat beg nak pikul barang

Bergambar sekejap kat buaian

Aku tengok budak ni pagi-pagi lagi main buaian. Aku ajak bergambar sekejap untuk kenangan

Kembar aku pun nak bergambar dengan dia jugak

Rugi kalau tak bergambar kat buaian tradisional ni
Kan dah cakap kat sini banyak anjing.Hehe..
Laluan ke Cat Cat Village melalui jalan kampung bertangga ini mengambil masa lebih kurang 45 minit dari pondok tiket masuk.

Setelah melalui jalan bertangga yang kiri dan kanannya dikelilingi rumah kedai dan rumah orang-orang kampung, akhirnya kami tiba di perkampungan Cat Cat Village. 

Inilah Cat Cat Village. Kat sinilah yang ada kincir angin dan Silver Waterfall.
Tangga untuk turun ke Cat Cat Village. Tinggi dan curam. Kena turun slow slow dan berhati-hati. Takut jatuh tersembam muka. 

Cau Si atau Jambatan Si. Seberang jambatan pendek ini untuk ke Silver Waterfall

Inilah kincir air yang selalu tengok kat Google Image. Hari ini boleh tengok depan mata. Sekarang sudah ada laluan kayu untuk ke hujung 

Kami tak naik tangga ke atas. Laluan bawah itu menghala ke Silver Waterfall. Depan mata je dari Jambatan Si tadi

Silver Waterfall. Dingin sangat bila dapat rasa percikan air terjun. Sayangnya kat sini tidak dibenarkan mandi manda

Dia tengah buat apa?

Berlatar belakang Silver Waterfall

Berjalan melalui jambatan buluh. Tapi laluan ini cuma separuh sahaja. Kalau sanggup basahkan seluar, boleh jalan dalam air untuk ke hujung sana.


Orang kampung jual pakaian tradisional masyarakat Hmong

Budak Hmong. Ini gambar dari video kamera Canon kembar aku

Masa di Cat Cat Village ini, kami stuck beberapa minit sebelum boleh cari jalan keluar. Bukan sesat ke apa...cuma takut dengan anjing. Anjing tu duduk betul-betul kat laluan untuk keluar. 

Haha..nasib baik orang kampung perasan yang kami takut anjing masa nak lalui jalan keluar dari Cat Cat Village. 

Orang kampung tolong kurungkan sekejap anjing itu supaya kami dapat lalu naik ke atas untuk keluar dari Cat Cat Village.

Penduduk kampung sedang bina jambatan buluh. Agaknya sekarang dah siap sepenuhnya

Laluan untuk keluar dari Cat Cat Village. Selepas berjaya melepasi anjing penghalang jalan.Hahaha..

Keluar Dari Cat Cat Village

Untuk keluar dari Cat Cat Village, tidak perlu patah balik mengikut laluan yang sama. Terus sahaja jalan sehinggalah jumpa sebuah lagi jambatan gantung.

Semasa menuju ke jambatan gantung itu, kami berehat sekejap sambil makan Kit Kat di buaian yang dibina berhampiran lereng bukit. Boleh berehat sekejap kalau rasa penat sangat. Sebab perjalanan untuk balik semula ke pusat pekan Sapa masih jauh. Malah lagi jauh berbanding laluan masa mula-mula nak ke Cat Cat Village. 

Lagi satu, perjalanan makin menaik dan mendaki. So, memang penat dan kami sendiri pun banyak kali berhenti untuk recharge

Sebenarnya, memang ada perkhidmatan motorsikal yang korang boleh tunggang sebagai pembonceng. Tak tahu berapa bayaran yang akan dikenakan. Tapi kebanyakannya lelaki yang bawak motor. Memang taklah kami nak naik motor dengan lelaki. Jaga ikhtilat kan..

Buaian tempat untuk berehat. Dalam perjalanan untuk keluar dari Cat Cat Village. 

Laluan ke jambatan gantung bersebelahan Cat Cat Village. Jalan kaki dalam 10 minit je
Sampai dah kat jambatan gantung. Agak tinggi jugak jambatan ni.
Ramai penunggang motorsikal tawarkan perkhidmatan untuk hantar ke pekan Sapa. Kalau yang bawa motor tu perempuan, dah lama kami naik.

Masa jalan kaki nak balik semula ke pekan Sapa, banyak kali kami pancit dan terpaksa berhenti berehat sekejap. Jalan agak mencanak naik dan jauh. Memang tak ada orang lain pun yang jalan kaki melainkan kami. Kebanyakannya naik motor termasuk pelancong.

Tapi berbaloi jugak la sebab banyak gambar pemandangan sawah padi yang indah boleh kami simpan sebagai kenangan.

Kami sempat singgah turun ke perkampungan sawah padi yang penuh dengan tahi babi. Hahah..

Selut bercampur dengan tahi babi sampai kami tak dapat bezakan sama ada kami ada terpijak tahi babi atau tak. Balik hotel, kita orang terus je basuh semua kasut yang dah berselut. 

Lereng sawah padi bertingkat-tingkat. Ini kah yang dikatakan padi bukit bukit? 

Subhanallah..cantik sangat

Ada port bergambar menarik kat sini. Ramai pelancong bergambar kat sini.

Kami turun ke bawah dan ke sebuah sekolah tadika. Tapi tak ambil gambar sangat. Cuma rakam video je. 

Kami tiba di pekan Sapa dalam pukul 1.00 tengah hari. Bayangkan dari pukul 7.00 pagi kami turun dari hotel, berjalan kaki ke Cat Cat Village, kemudian singgah ke perkampungan sawah padi, makan masa dalam 7 jam. 

Sampai je kat bilik hotel, kami terus bersihkan diri sebab pakaian dan kasut dah penuh dengan selut. Terpaksa cuci dan keringkan kasut di luar. Tapi memandangkan cuaca yang lembab dan sejuk, agak sukar nak keringkan kasut dan pakaian. 

Keluar Semula Pada Waktu Malam Nikmati Nightlife of Sapa

Petang itu, kami berehat sepuas-puasnya dalam bilik sebelum keluar semula pada waktu malam. Suasana nightlife of Sapa sama seperti malam sebelumnya.

Kami keluar lebih lewat dalam pukul 9.30 malam. Suasana masih seperti semalam. Happening dan sejuk. 

Pilihan tempat makan orang ramai 

Ramai orang lepak duduk sini untuk lihat orang bersukan

Kanak-kanak kaum Hmong. Mereka masih jual barang kraftangan kepada pelancong dalam cuaca sejuk malam-malam begini

Berfikir panjang. Lapar la tu...hahaha

Budak-budak Hmong ada yang berpakaian tradisional dan ada yang berpakaian biasa

Gerai makanan banyak kat sini

Sejuk..kena pakai baju tebal sikit. 

Nana kembar Kembara Kembar

Ada perkhidmatan lukis potret 

Sini cantik giler.

Kami berjalan jauh sikit ke hujung tasik. Tapi agak gelap dan tak berapa happening berbanding bahagian centre


Akhirnya, kami berjaya tamatkan pengembaraan ke Cat Cat Village pada hari ke-2 di Sapa. Esok kami rancang untuk ke sebuah lagi perkampungan sawah padi dan berbasikal.

Cuma tinggal esok sehari sahaja masa kami di Sapa. Jadi waktu yang tinggal mesti dimanfaatkan sepenuhnya.


hikmah kembara

Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.

Petikan Terjemahan Al-Quran

Surah Ar-Rum Ayat 42

Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu.

Petikan Terjemahan Al-Quran

Surah An-Naml Ayat 69

Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibubapa untuk anak, doa orang bermusafir, dan doa orang yang dizalimi

Hadis Rasulullah S.A.W

Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Hadis Sahih

LIANI AZIZ
+6017-304-####
Kuala Lumpur, Malaysia

SEND ME A MESSAGE