Sunday, October 22, 2017

Blog Bersarang Labah-Labah



Assalamualaikum...

Maaf blog kesayanganku. Dah lama aku abaikan kau. Lama sangat tak update. Kemalasanku menjadi-jadi sejak menjenguk usia 30-an ini.

Semangatku pula tak semegah dulu. Dulu-dulu semua benda aku nak explore, semua benda tak mustahil untuk aku lakukan..

Dulu aku banyak berimpian. Hari ini, semua mimpi-mimpi itu umpama tercerai gugur satu-satu. Tak lagi bersinar seperti dulu.

Mungkinkah kerana faktor usia? Atau aku terlalu malas? Atau mudahnya berputus asa dalam berusia? Kesemuanya seolah-olah wujud dalam diri.

Kadang-kadang terfikir untuk lepaskan kerja yang ada sekarang. Bukan sebab tak suka. Aku cuma nak bebas dan tidak terikat dengan sistem kerja 5/8. Aku nak bebas macam burung. Boleh buat apa saja, ke mana saja dan bila-bila masa tanpa sebarang terikatan.

Aku nak bebas,,,


Aku mesti cari semula semangat dulu yang dah hilang. Aku cuba..

AKU AKAN CUBA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

0 comments:

Copyright © 2016 Kembara Kembar | Designed With By Blogger Templates | Distributed By Gooyaabi Templates
Scroll To Top